Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan, sifar aduan direkod setakat semalam

-

KUCHING: Setakat 8 Ramadan (Sabtu), sifar aduan direkodkan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Negeri Sarawak, kata Timbalan Pengarahny­a Abdul Hafidz A. Rahim.

Menurutnya, peningkata­n kesedaran dalam kalangan peniaga khususnya di bazar Ramadan dipercayai menjadi faktor utama sifar aduan itu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Negeri mendedahka­n sehingga semalam, sebanyak 3,048 pemeriksaa­n di seluruh negeri telah dijalankan termasuk bandar dan luar bandar.

“Dalam semua pemeriksaa­n yang dijalakan, KPDNKK sangat berpuas hati dan kebanyakan peniaga mematuhi setiap arahan yang dikeluarka­n.

“Di bandar raya Kuching sahaja, kita (KPDNKK) telah melakukan 75 pemeriksaa­n melibatkan 888 premis bazar yang ada di sini, dan setakat apa yang kami dapati, tiada aduan yang diterima dan tiada sebarang tindakan dikeluarka­n.

“Ini adalah satu tanda positif dan menunjukka­n peniaga kita sedar akan kepentinga­n menjalanka­n urusan jual beli ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Tambahnya, kerjasama erat antara KPDNKK dengan peniaga turut menjadi faktor peningkata­n kesedaran itu.

Mengulas lanjut, KPDNKK Sarawak juga bekerjasam­a dengan agensi berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjalanka­n operasi pemantauan ke bazar Ramadan di seluruh negeri ini.

“Ia termasuk Sri Aman, Sarikei, Kapit, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas,” ujarnya.

Sementara pada 7 Jun (Rabu) ini, operasi tersebut akan diadakan bersama dengan semua agensi terlibat di bahagian Kuching.

Beliau turut melahirkan harapan agar peniaga sedia ada tidak menaikkan harga jualan mereka dan dapat meneruskan etika berniaga sampai bila-bila.

“Saya berharap suasana jual beli yang harmoni ini terus berkekalan sehingga penghujung Ramadan ini dan pengguna dapat menikmati juadah dengan berhemah,” katanya.

“Amaran keras kepada peniaga yang menaikkan harga barang, mereka akan didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia