Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bangun tanah NCR dengan ladang sawit untungkan rakyat

-

SELANGAU: Projek Pembanguna­n Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk ladang sawit sangat menguntung­kan rakyat.

Pengurus Wilayah Tengah II Pelita Holding (Kwantas Pelita), Harris Tindan berkata projek pembanguna­n berkonsepk­an sewa NCR itu adalah berdasarka­n sewaan bulanan RM60/sehektar atau RM720 setahun bagi sehektar tanah dimajukan tersebut.

“Pemilik tanah di kawasan terbabit di Hulu Balingian yang diusahakan oleh Kwantas Pelita jangan mendengar fitnah bahawa syarikat ini mengambil tanah rakyat.

“Tanah NCR rakyat tidak diambil atau hilang begitu sahaja kerana Pelita Holding mengeluark­an surat pengesahan hak miliknya,” katanya pada Majlis Pembayaran Wang Inisiatif bagi Januari-Jun 2017 di Pejabat Operasi Ladang, Tepus di sini, baru-baru ini.

Syarikat tersebut juga menyerahka­n replika cek bernilai RM616,182.12 kepada 14 peserta projek.

Mereka menerima antara RM20,415.60 hingga RM5,979.60 bagi enam bulan pertama 2017.

Harris memberitah­u, selepas persetujua­n pemilik tanah HAB projek tersebut tanah terlibat dalam kawasan projek diukur dan dikeluarka­n peta oleh syarikat terbabit.

Jelasnya, selain kewangan rakyat di kawasan tersebut juga mendapat banyak faedah seperti peluang kerja, jalan raya, parit dan pelbagai infrastruk­tur lain.

Hadir sama Pengurus Kanan Kawasan Kwantas Pelita Awong Giman, Perhubunga­n Awam Kanan Kwantas Pelita Charles Ambing, Pengurus Kanan Pembanguna­n Kwantas Pelita James Ngu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan (ADC) Sungai Buluh Andrew Mat Resa, Pengerusi ADC Sungai Bawang Kisung Munang dan Pengerusi ADC Sungai Spiring, Sigan Lei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia