Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Guru SK Kampung Jepak meriah

-

BINTULU: Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jepak meriah diadakan pada sebelah siang dan malamnya oleh guru-guru di sekolah terbabit bertemakan retro untuk pakaian siang dan hitam merah malamnya.

Sempena majlis itu, Tokoh Dasar Warga Emas Negara SK Kampung Jepak dianugerah­kan kepada Hamdani Kasah merupakan pesara guru dan pernah berkhidmat sebagai guru sejak 1 Januari 1958 hingga 1 April 1994, selama 34 tahun.

Jawatan terkini beliau sebagai Guru Besar Madrasah Al-Islamiyyah Darul Ullum (MADU) di Bangunan Martabat Bintulu kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew di sini.

Hadir meraikan majlis itu Guru Besar SK Kampung Jepak, Ali Sabri Saber Ali Khan dan penolong-penolong kanan guru SK Kampung Jepak.

Pelbagai aktiviti diadakan memeriahka­n majlis tersebut.

 ??  ?? MERIAH: Guru-guru SK Kampung Jepak meraikan Hari Guru dengan berpakaian retro.
MERIAH: Guru-guru SK Kampung Jepak meraikan Hari Guru dengan berpakaian retro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia