Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat pelbagai kaum wajib pertahan perpaduan

Hanya dengan perpaduan kukuh menjamin kelangsung­an kemakmuran negara pada masa hadapan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Rakyat pelbagai kaum di negara ini wajib mempertaha­nkan perpaduan yang dinikmati sejak sekian lama.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, perpaduan dipupuk menerusi penerapan nilai-nilai kesamaan antara kaum.

Katanya, nilai ini boleh dijadikan landasan atau asas bukan sahaja untuk mengukuhka­n perpaduan tetapi hasrat membentuk satu bangsa bersatu padu mampu menjadi kenyataan.

“Jika dilihat pada hari ini, kita menyambut setiap perayaan kaum di negara ini dengan penuh aman dan harmoni.

“Ia turut memberi peluang kepada masyarakat kaum dan agama lain turut sama mera- sai suasana perayaan yang diraikan.

“Dengan tiada kekangan, tiada perasaan ragu-ragu dan setiap aktiviti disambut dengan penuh meriah, ia membuktika­n bahawa perpaduan negara kita amat kukuh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan Hari Gawai Dayak ke Rumah Setia, Ulu Minus dan Rumah Anthony, Bayong dekat sini, semalam.

Teng berkata, perpaduan yang dinikmati hari ini adalah demi kelangsung­an kemakmuran negara pada masa akan datang.

“Rakyat wajib mempertaha­nkannya kerana kegagalan berbuat demikian akan mem- bawa musibah kepada negara dan rakyat harus sedar hanya melalui perpaduan pemban- gunan negara dapat terus dikekalkan,” katanya.

Pada masa sama, Teng ber- kata rakyat di negara ini harus bersyukur dengan nikmat yang dikecapi selama ini yang boleh dikatakan lengkap baik dari aspek ekonomi, sosial, politik dan lain-lain.

“Peringatan ini bukan sahaja khas untuk generasi muda tetapi juga seluruh peringkat masyarakat.

“Kita mahu rakyat terus bersatu dalam apa- apa keadaan sekali pun. Jangan gadaikan masa depan negara hanya kerana perbalahan sesama sendiri.

“Oleh kerana itu, pertahanka­nlah kemakmuran, kukuhkan perpaduan dan serlahkan patriotism­e kerana ia tunjang ke arah kemajuan dan kemakmuran negara,” katanya.

Tambah Teng, konsep 1Malaysia yang diperkenal­kan kerajaan bukanlah sesuatu yang baharu bagi rakyat Sarawak memandangk­an perpaduan dan toleransi antara kaum telah lama wujud di negeri ini.

Rakyat wajib mempertaha­nkannya kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa musibah kepada negara dan rakyat harus sedar hanya melalui perpaduan pembanguna­n negara dapat

dikekalkan. ” terus Teng Ung Woo Setiausaha Politik Ketua Menteri

 ??  ?? MERIAH: Teng (duduk, lima kanan) merakamkan kenangan semasa mengunjung­i Rumah Anthony, Bayong Sarikei, semalam.
MERIAH: Teng (duduk, lima kanan) merakamkan kenangan semasa mengunjung­i Rumah Anthony, Bayong Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia