Utusan Borneo (Sarawak)

HIKAM anjur Kem Belia Ramadan minggu depan

-

KUCHING: Halaqah Kemajuan Muslim Sarawak (HIKAM) menganjur Kem Belia Ramadan 2017 bermula 7 hingga 9 Jun (Rabu hingga Jumaat) ini.

Diadakan bertempat di Masjid Darul Ibadah Kampung Kudei Lama, di sini, ia menyasarka­n penyertaan peserta berusia antara sembilan hingga 15 tahun.

Menurut Bendahari HIKAM Cawangan Kuch- ing Hazirah Zainal Abidin, pihaknya menyasarka­n penyertaan seramai 50 peserta bagi menyertai kem itu.

“Penyertaan adalah terhad, justeru jangan lepaskan peluang ini untuk menghantar anak- anak bagi menyertai program keilmuan bermanfaat ini lebih-lebih lagi ia diadakan pada cuti sekolah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Jelasnya yuran pendaftara­n adalah sebanyak RM40 seorang dan pendaftara­n boleh dibuat melalui talian ataupun datang ke lokasi kem pada hari pertama ia berlangsun­g.

Pelbagai aktiviti dan program telah disusun atur sepanjang berlangsun­gnya Kem Belia Ramadan itu antaranya ialah ‘Hero Ramadan: Personalit­i Muslim Unggul,’ solat berjemaah di masjid, Latihan Praktikal Wuduk dan Solat, Asas Kemahiran Memanah, Tadarus AlQuran, Hafazan Surah Lazim dan Doa Asas serta majlis berbuka puasa, moreh dan sahur bersama masyarakat setempat.

Kepada yang berminat untuk menyertai Kem Belia Ramadan 2017 itu, bolehlah menghubung­i Hazirah di talian 011- 14113983 atau Jamil (019-8890256) untuk sebarang pertanyaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia