Utusan Borneo (Sarawak)

‘Duit raya’ RM106.81 juta untuk 33,864 pekebun kecil

Meningkat RM12.2j berbanding RM94.5j pada tahun lepas

-

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumka­n pemberian ‘duit raya’ kepada 33,864 pekebun kecil di seluruh negara menerusi pengagihan dividen berjumlah RM106.81 juta.

Sebanyak RM38.16 juta daripada jumlah itu diagihkan kepada 16,080 peserta Rancangan Tanam Baharu Berkelompo­k (RTBB), manakala RM68.64 juta lagi diagihkan kepada 17,784 perserta Tanam Semula Komersial (TSK).

Najib berkata pemberian dividen itu meningkat sebanyak RM12.2 juta berbanding RM94.5 juta pada tahun sebelumnya.

“Sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah berhenti mencari jalan bagaimana hendak menjaga kebajikan rakyat khususnya mereka yang tinggal di luar bandar termasuk pekebun kecil yang diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya.

“Ini kerana masyarakat pekebun dan luar bandar ini merupakan teras kepada sokongan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Dewan Konvensyen Pekan, di sini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, timbalanny­a, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainal Abidin.

Najib berkata agenda pembanguna­n di luar bandar perlu diteruskan kerana kerajaan mahukan pembanguna­n negara dapat dijalankan secara adil dan saksama tanpa mengira kawasan bandar mahupun luar bandar, etnik serta umur.

Sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah berhenti mencari jalan bagaimana hendak menjaga kebajikan rakyat khususnya mereka yang tinggal di luar bandar termasuk pekebun kecil yang diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

“Salah satu ciri pembanguna­n di Malaysia yang tidak ada di negara lain ialah pembanguna­n di negara ini dilakukan secara seimbang dan saksama, berbeza dengan negara-negara lain di dunia yang kebanyakan­nya tertumpu hanya di kawasan ibu kota dan bandar sahaja.

“Di Malaysia pembanguna­n itu kita agihkan ke setiap ceruk di negara kita ini dan sedikit sebanyak ia dapat mengimbang­i pembanguna­n yang dicapai di kawasan luar bandar.

“Walaupun mungkin tidak sama dengan kawasan bandar, namun sekurang- kurangnya jurang tidak jauh berbeza,” katanya.

Menurut Najib, ekonomi dunia dan negara pada tahun ini berada di tahap yang lebih baik berbanding tahun lepas dan Malaysia sendiri pada suku pertama tahun ini mencatatka­n kadar pertumbuha­n ekonomi pada kadar 5.6 peratus, merupakan antara yang tertinggi di dunia.

“Harga komoditi pun sudah ada tanda pemulihan dan ini berlaku bukan sahaja disebabkan ekonomi dunia pada masa kini bertambah baik, tetapi juga disebabkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

“Umpamanya semasa saya melawat negara China pada akhir tahun lalu, saya telah meminta supaya mereka menambah pembelian sawit dan baru-baru ini ketika saya melawat negara itu, pemimpin tertinggi republik itu telah memaklumka­n kerana permintaan saya, mereka telah meningkatk­an pembelian (sawit).

“Pembelian meningkat sebanyak 70 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas dan begitu juga semasa saya pergi ke India, saya juga telah minta mereka meningkatk­an pembelian sawit,” katanya.

Katanya, hasil usaha yang dilakukan itu, katanya harga komoditi lain turut meningkat termasuk harga getah.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Najib turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM10,000 sempena Ramadan kepada lima masjid terpilih dalam kawasan Parlimen Pekan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAKAL DIAGIH: Najib memegang replika cek dividen bernilai RM106.81 juta yang bakal diagihkan kepada pekebun RISDA pada majlis penyampaia­n Dividen Risda Peringkat Kebangsaan 2017 di Pekan, semalam.
— Gambar Bernama BAKAL DIAGIH: Najib memegang replika cek dividen bernilai RM106.81 juta yang bakal diagihkan kepada pekebun RISDA pada majlis penyampaia­n Dividen Risda Peringkat Kebangsaan 2017 di Pekan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PROGRAM HOSPITAL: Sharifah (tengah) bergambar bersama kakitangan hospital ketika menghadiri Program Kaseh Ramadan OKB APM Mydin di Hospital Pasir Mas, semalam.
— Gambar Bernama PROGRAM HOSPITAL: Sharifah (tengah) bergambar bersama kakitangan hospital ketika menghadiri Program Kaseh Ramadan OKB APM Mydin di Hospital Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia