Utusan Borneo (Sarawak)

Pengiktira­fan sebagai negara Islam Autentik bolehkan M’sia nikmati pelbagai keistimewa­an

-

PEKAN: Pengiktira­fan tertinggi kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam autentik membolehka­n negara menikmati pelbagai keistimewa­an dari sudut agama dan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada pengiktira­fan diterima daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang menambah bilangan kuota haji rakyat Malaysia dan memberi maklum balas positif kepada permohonan Malaysia membina dua kompleks jemaah haji di Mekah dan Madinah.

Dari sudut ekonomi, Na- jib berkata persetujua­n Saudi Aramco membuat pelaburan RM31.08 bilion dalam Projek Pembanguna­n Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor akan memberi suntikan modal kepada Malaysia selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman (KSCIP) di Malaysia.

“Baginda (Raja Salman) boleh memilih mana-mana negara, tetapi mengapa baginda memilih Malaysia? Inilah yang patut kita tanya dan jawapannya adalah kerana apa yang kita amalkan di sini.

“Apa yang kita lakukan atas nama Islam, dasar-dasar kita yang dianggap sebagai modul Islam yang terbaik sekali. Kita mendapat pengiktira­fan sebagai negara Islam autentik dan pendekatan wasatiyyah (sederhana). Itulah yang dipandang tinggi baginda (Raja Salman).

“Dari segi Islam kita untung dan dari segi ekonomi negara juga untung,” katanya semasa berucap merasmikan majlis penutupan Ijtimak Kepimpinan Organisasi Islam dan penyampaia­n sumbangan kepada masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Pekan di Dewan Amphiteate­r UMNO Pekan di sini semalam, yang disertai 723 peserta.

Turut hadir Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Noor Abdul Rani dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhamad.

Najib berkata pengiktira­fan itu juga membolehka­n beliau berpeluang menjadi antara lima daripada 51 pemimpin negara yang diberi peluang menyampaik­an ucap tama semasa menghadiri Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab-IslamAmeri­ka Syarikat di Riyadh, baru-baru ini.

“Saya menjadi pembahas yang terakhir untuk menyam- paikan ucapan atas nama negara. Ini adalah berikutan daripada lawatan Raja Salman ke Malaysia (dari 26 Feb hingga 1 Mac lepas) dan daripada lawatan itu, Malaysia mendapat layanan dan pertimbang­an yang istimewa,” katanya.

Selain itu, perdana menteri berkata ekonomi negara juga semakin baik yang kemudianny­a ‘dipulangka­n semula kepada rakyat’ seperti pembayaran bonus hari raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan serta bayaran pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 5 Jun ini.

Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan menambah nikmat ekonomi itu turut ‘dirasai penduduk Pekan’ apabila bantuan kepada masjid ditambah menjadi RM1,500 daripada RM1,200, manakala bantuan kepada surau pada tahun ini berjumlah RM1,000 berbanding RM700 sebelum ini.

“Alhamdulil­lah, kita (mendapat) banyak rezeki dan ini berkat kita semua bersatu-padu, bantu-membantu, semangat ukhuwah, kita tidak bergaduh sesama sendiri dan tidak pulaumemul­au sesama kita... bila kita tunjukkan kelakuan yang baik, Allah akan balas dengan rezeki yang bertambah kepada kita semua,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia