Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota HAZMAT perlu kemas kini bahan-bahan kimia

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

SERAMAI 24 pegawai merangkumi sembilan dari Sarawak, 12 ( Sabah) dan tiga (Labuan) berjaya menamatkan Kursus Asas HAZMAT Khas Siri 1/2017 Wilayah Borneo di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di Bintulu, baru-baru ini.

Penutupan rasmi kursus tersebut telah disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, PPjB Mad Ali Bahudin.

Turut hadir Timbalan Dekan (Pembanguna­n Taman Universiti) UPMKB Dr Ong Kian Huat, Ketua ju- rulatih kursus PgKB 1 Murugiah Muthusamy, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu TPgB Di-Hata Gobel dan Ketua BBP Tatau PBT Muhammad Jusoh.

Kursus yang diadakan itu bertujuan untuk meningkatk­an ilmu pegawai dan anggota HAZMAT supaya lebih bersedia dalam menangani kes-kes berkaitan pengurusan bahan kimia dan dalam tugasan menyelamat.

Dalam pada itu Mad Ali Bahudin berkata, anggota HAZMAT sebagai unit penting dalam JBPM mempunyai tanggungja­wab besar namun akan menghadapi pelbagai cabaran.

Katanya, setiap hari akan ada bahan kimia baharu wujud sekali gus keadaan ini merupakan cabaran untuk anggota HAZMAT meningkatk­an ilmu pengetahua­n mereka dalam perkara berkaitan.

“Senarai bahan kimia baharu tidak terdapat dalam buku kimia sekali gus menuntut mereka agar belajar sendiri dan memiliki kebolehan untuk mengenal pastinya malahan kini mereka bukan hanya mengurus kes berkaitan tumpahan merkuri,” ujarnya.

Katanya, anggota HAZMAT perlu kemas kini bahanbahan kimia di premis-premis dalam lingkungan jagaan mereka serta senaraikan ba- han tersebut supaya mereka mahir dalam pengendali­an dan menanganin­ya sekiranya berlaku insiden.

“Sentiasa peka dan melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani kes-kes berkaitan bahan kimia atau sekurangku­rangnya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya sambil menambah masyar- akat menaruh kepercayaa­n penuh dan menganggap anggota HAZMAT sebagai pakar dalam bidang berkaitan.

 ??  ?? SIAP SEDIA: Para pegawai dan anggota HAZMAT menyiapkan diri memakai baju khas untuk memulakan demonstras­i menangani pengurusan bahan kimia dan tugasan menyelamat.
SIAP SEDIA: Para pegawai dan anggota HAZMAT menyiapkan diri memakai baju khas untuk memulakan demonstras­i menangani pengurusan bahan kimia dan tugasan menyelamat.
 ??  ?? PENGURUSAN MANGSA: Anggota bomba dan HAZMAT menguruska­n mangsa dalam pembersiha­n bahan berbahaya semasa demonstras­i khas menyelamat dan menangani bahan kimia.
PENGURUSAN MANGSA: Anggota bomba dan HAZMAT menguruska­n mangsa dalam pembersiha­n bahan berbahaya semasa demonstras­i khas menyelamat dan menangani bahan kimia.
 ??  ?? CARA TERBAIK: Dua anggota HAZMAT menunjukka­n cara pengurusan bahan kimia berbahaya.
CARA TERBAIK: Dua anggota HAZMAT menunjukka­n cara pengurusan bahan kimia berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia