Utusan Borneo (Sarawak)

Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang rumah musnah dalam kebakaran

-

PASIR PUTEH: Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah didiami mereka yang berkembar dengan kedai motosikal hangus dalam kebakaran di Kampung Bukit Belah di sini, awal pagi semalam.

Che Hasnah Idris, 62, berkata ketika kejadian pada 3.30 pagi itu, beliau bersama enam anggota keluarga termasuk tiga anak dan tiga cucu sedang nyenyak tidur.

“Secara tiba-tiba saya dike- jutkan oleh anak perempuan Susila Mustafa, 41, yang menjerit api dan meminta saya dan semua anggota keluaga menyelamat­kan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Che Hasnah bersyukur kerana kesemua anggota keluargany­a terselamat walaupun mereka tidak sempat menyelamat­kan harta benda kerana api marak begitu cepat membakar rumah separuh papan itu.

Sementara itu, Susila berkata beliau hanya sempat mencapai beg tangan yang mengandung­i beberapa dokumen penting manakala pakaian keluargany­a untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri habis musnah.

Beliau berkata kebakaran tersebut turut memusnahka­n 200 motosikal baharu dan terpakai yang terdapat dalam kedai motosikal milik abang iparnya Abdullah Hussin.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar berkata pihaknya menghantar 17 anggota dengan dua jentera ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.57 pagi.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan manakala jumlah kerugian dianggarka­n lebih RM1 juta. — Bernama

 ?? — Gambar bernama ?? Para jemaah bersiap untuk solat jenazah ke atas jenazah pelajar tahfiz yang maut dalam kemalangan di KM55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Masjid Al Hashimi lewat malam kelmarin untuk dikebumika­n dalam satu liang lahad di Pusat Tahfiz Al-Hashimi, Kampung...
— Gambar bernama Para jemaah bersiap untuk solat jenazah ke atas jenazah pelajar tahfiz yang maut dalam kemalangan di KM55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Masjid Al Hashimi lewat malam kelmarin untuk dikebumika­n dalam satu liang lahad di Pusat Tahfiz Al-Hashimi, Kampung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia