Utusan Borneo (Sarawak)

100 sukarelawa­n sertai ‘#projekwith­omeles’ di Ipoh

50 bungkus makanan diedarkan kepada gelandanga­n

-

IPOH: Lebih 100 sukarelawa­n terdiri daripada pelajar Universiti Kuala Lumpur ( UniKL) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) menyertai #projeksahu­rwithomele­s yang diadakan sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Projek yang masuk tahun ketujuh penganjura­n itu turut melibatkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Ipoh Halal Food ( IHF), Love On The Street (LOTS) dan Nasi.Lemak.Lah selain dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula 11.45 malam sehingga 3 pagi.

Pengasas projek, Zeti Shuhaila Mustafa Kamal berkata 50 bungkus makanan diedarkan kepada sebilangan gelandanga­n yang terdapat di beberapa kawasan seperti di Medan Selera Taman KanakKanak, Pusat Transforma­si Bandar ( UTC) dan Kinta Heights.

Katanya, objektif utama projek tersebut dijalankan bukan hanya bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik, sebaliknya memberi peluang kepada para belia terlibat untuk mendekatka­n diri dengan golongan tersebut.

“Kami nak mereka tahu bahawa gelandanga­n ini memerlukan sokongan dan bagi saya selagi kita tak turun ke lapangan dekati mereka, kita takkan tahu apa penyebab

Untuk pengetahua­n masyarakat juga, bukan semua gelandanga­n ini terdiri daripada bekas banduan atau penagih dadah. Ada kalangan mereka mempunyai kerjaya cuma tidak mampu mendapatka­n kediaman lebih baik. Zeti Shuhaila Mustafa Kamal Pengasas projek

mereka jadi begitu.

“Untuk pengetahua­n masyarakat juga, bukan semua gelandanga­n ini terdiri daripada bekas banduan atau penagih dadah. Ada kalangan mereka mempunyai kerjaya cuma tidak mampu mendap- atkan kediaman lebih baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Zeti Shuhaila berkata pihaknya berharap akan lebih banyak NGO sekitar Perak membantu golongan gelandanga­n kerana mereka amat memerlukan sokongan daripada masyarakat.

Sementara itu, pelajar UTP, R. Pavithra 19, berkata dia sangat terharu dan tidak menyangka masih terdapat golongan gelandanga­n di kawasan sekitar Ipoh.

Pelajar jurusan kejurutera­an tahun satu itu, turut menjelaska­n projek berkenaan memberi peluang kepadanya untuk menyantuni gelandanga­n dengan lebih dekat.

“Ini kali pertama saya sertai program seumpama ini dan apa yang boleh saya simpulkan adalah semua manusia itu sama, selain tiada sebab untuk kita meminggirk­an mereka yang amat memerlukan sokongan daripada kita,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AGIH: Seorang sukarelawa­n memberikan makanan kepada golongan gelandanga­n sempena‘Projek sahur with homeless’ di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama AGIH: Seorang sukarelawa­n memberikan makanan kepada golongan gelandanga­n sempena‘Projek sahur with homeless’ di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia