Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan diperlukan bantu 200 masyarakat Rohingya Kampung Pandan

-

KUALA LUMPUR: Atas dasar kemanusiaa­n dan keprihatin­an, Gerakan Belia 4B Cheras mengorak langkah membantu 200 anggota masyarakat Rohingya yang menetap di sekitar kawasan Kampung Pandan di bulan Ramadan ini.

Pengerusin­ya, Sharifah Zarinah Syed Ibrahim berkata sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi membantu golongan itu untuk turut sama mengerjaka­n ibadat puasa dengan sempurna.

“Antara bantuan dan sumbangan yang diperlukan adalah seperti beras, gula, garam, minuman dan pakaian untuk membantu meringanka­n beban dan kesukaran hidup masyarakat ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Gerakan Belia 4B Cheras yang mempunyai kira-kira 150 anggota melaksanak­an program amal itu sejak tiga tahun lepas.

Sharifah Zarinah berkata sumbangan boleh disalurkan di School off Hope (SOH) iaitu sekolah anak-anak Rohingya yang ditempatka­n di kawasan Madrasah Kampung Pandan dari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 11 pagi sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga pengetua SOH berkata setakat ini terdapat 50 pelajar Rohingya yang mendapat pendidikan asas di sekolah tersebut.

Menurutnya, SOH mempunyai tiga kelas iaitu tadika, tahap satu (darjah 1, 2, 3) dan tahap dua (darjah 4,5,6) dan turut berpanduka­n silibus sekolah kebangsaan termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Kebanyakan anak-anak Rohingya di SOH cepat belajar dan mudah faham sesuatu subjek...kami juga mempunyai sesi one-on-one khusus untuk pelajar yang memerlukan lebih perhatian,” katanya. — Bernama KOTA BHARU: Pemandu van yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbank­an tujuh pelajar tahfiz di Kuala Krai kelmarin didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Zulkarnain Ismail Al Haj bagaimanap­un berkata, individu berusia 24 tahun itu tidak mempunyai rekod saman trafik.

“Siasatan awal polis mendapati van jenis Weststar Maxus V80 itu dipercayai memotong sebuah kenderaan di hadapannya.

Apabila pemandu van masuk semula ke laluannya, van itu hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di sebelah kanan jalan,” katanya.

Kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu pada kira-kira 9.40 pagi itu turut mengakibat­kan tujuh yang lain cedera dengan lima daripadany­a parah.

Ketika kejadian, sekumpulan 12 pelajar dan dua guru pengiring mereka dari Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang itu dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri satu program di Madinah Ramadan dekat Stadium Sultan Muhammad IV. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia