Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumika­n

-

KUALA LUMPUR: Jenazah penulis dan wartawan veteran Rehman Rashid, 62, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kubu Bharu Road di sini pada jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu jenazah dibawa ke Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu dari Hospital Selayang untuk disembahya­ngkan.

Anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan Allahyarha­m hadir pada majlis solat jenazah dan pengkebumi­an.

Menurut adiknya Rafique, 59, Allahyarha­m yang mengalami serangan jantung Januari lepas meninggal dunia kira-kira 6.30 pagi semalam di Hospital Selayang akibat jangkitan paru-paru.

Beliau berkata sejak mengalami serangan jantung, abangnya berada dalam keadaan tidak stabil dan dimasukkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Mulanya dia alami jangkitan paru-paru dan oleh sebab itu tidak cukup oksigen dari paru- parunya yang turut menjejaska­n jantungnya.

“Namun dia semakin baik dari sehari ke sehari, malah doktor berkata dia menunjukka­n tanda-tanda positif. Tetapi pagi ini (semalam) dia kembali kritikal sebelum meninggal dunia,” kata Rafique.

Beliau berkata keluargany­a berharap agar masyarakat mengingati arwah abangnya sebagai seorang yang sangat mencintai negara dan sejarahnya.

“Dia amat mencintai negaranya, dia mahu rakyat Malaysia belajar mengenai sejarah negara.

Dia percaya setiap orang perlu membaca lebih banyak kesusaster­aan dan menulis kisah mereja sendiri agar kita boleh memahami dengan lebih baik antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu pelakon dan bekas rakan sekerja Allahyarha­m di New Straits Times, Fatimah Abu Bakar berkata Allahyarha­m merupakan seorang individu yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang penulisan.

“Saya diletakkan di meja rencana, dia pula di bawah meja berita. Tetapi kami memang sangat rapat kerana dia merupakan bekas rakan rumah saya.

“Dia seorang yang gemar kepada susunan kata-kata. Pakar menyusun kata yang mengagumka­n. Dia pandai menyusun perkataan walaupun dia berkelulus­an bidang biologi marin,” katanya.

Allahyarha­m pernah bertugas dengan New Straits Times sebagai Editor Bersekutu dan kolumnis serta dengan Asiaweek di Hong Kong.

Rehman turut menghasilk­an beberapa buku seperti ‘Peninsula: A Story of Malaysia’ dan ‘A Malaysian Journey’ selain pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik 1985 daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIUSUNG: Keranda Allahyarha­m Rehman diusung anggota keluarga serta rakan-rakan sebaik tiba di pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kuala Kubu Bharu untuk dikebumika­n semalam.
— Gambar Bernama DIUSUNG: Keranda Allahyarha­m Rehman diusung anggota keluarga serta rakan-rakan sebaik tiba di pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kuala Kubu Bharu untuk dikebumika­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia