Utusan Borneo (Sarawak)

WoW bantu wanita jana pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 50 ibu tunggal dan wanita kurang bernasib baik semalam bergotong-royong menghasilk­an biskut dan kuih raya serta membungkus­nya untuk dipasarkan bagi menambah pendapatan menjelang Aidilfitri, menerusi program yang dilaksanak­an Women of Will (WoW), sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Presiden WoW Goh Suet Lan berkata melalui program itu, peserta diberi latihan keusahawan­an, bimbingan perniagaan dan kelas kemahiran berdasarka­n minat seperti memasak, menjahit, kraf tangan dan bercucuk tanam.

“Objektif program itu adalah membantu peserta yang berpendapa­tan rendah kebanyakan­nya terdiri daripada ibu tunggal untuk meningkatk­an taraf hidup mereka. Mereka dibimbing tenaga pengajar yang berpengala­man dan mempunyai kepakaran,” katanya kepada Bernama.

Goh berkata kebanyakan mereka adalah daripada kumpulan B40 yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti PPR Lembah Subang, Kota Damansara dan Seri Pantai dengan jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM2,500.

Menurutnya, WoW juga memberi bantuan pinjaman RM2,000 tanpa faedah kepada mereka untuk memulakan perniagaan.

WoW turut membantu peserta mendapatka­n peluang perniagaan dan memasarkan produk yang dihasilkan.

Goh berkata pertubuhan bukan bermatlama­t keuntungan itu setakat ini telah membantu kira-kira 1,000 wanita di kawasan Lembah Klang, 25 di Ipoh dan 100 di Kota Kinabalu.

Bagi ibu tunggal Zubaidah Abdul Rashid, 45, dari PPR Seri Pantai, selain diberi ban- tuan pinjaman dana dan latihan kemahiran, beliau turut diberi bimbingan bagaimana menguruska­n kewangan.

“Kita juga diberi peluang menambah nilai produk yang dihasilkan. Seperti hari ini, kita dapat pelajari teknik membungkus hamper dan menghiasny­a untuk dipasarkan ke syarikat korporat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Goh (tengah) membantu sebahagian ibu tunggal dan wanita malang membungkus hamper semasa menyertai program menjana pendapatan tambahan menjelang Aidilfitri dengan menjual biskut dan membuat hamper anjuran Pertubuhan Wanita Berdaya ( WOW) di Kuala...
— Gambar Bernama BANTU: Goh (tengah) membantu sebahagian ibu tunggal dan wanita malang membungkus hamper semasa menyertai program menjana pendapatan tambahan menjelang Aidilfitri dengan menjual biskut dan membuat hamper anjuran Pertubuhan Wanita Berdaya ( WOW) di Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia