Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan 8,000 unit lampu jalan kampung di Kedah dijangka siap Okt

-

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bakal menerima empat buah lagi balai bomba baharu iaitu di Kuala Krai, Dabong (di jajahan Kuala Krai), Wakaf Bharu di Tumpat dan Tok Bali di Pasir Puteh selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata penambahan empat buah balai itu akan menjadikan keseluruha­n balai bomba yang terdapat di negeri ini adalah sebanyak 21 buah.

Projek pembinaan empat balai bomba itu adalah projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang menelan belanja sebanyak RM10 juta, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama anggota JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin.

Wan Mohd Nor berkata kesemua balai bomba itu sekarang dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

“Kita yakin dengan penambahan balai bomba ini, ia dapat membantu bomba dalam menjalanka­n tugas membantu memadamkan kebakaran dengan lebih sempurna serta memendekka­n tempoh respons anggota yang bertugas, “katanya.

Beliau berkata lagi banyak balai bomba maka lagi cepat anggota dapat tiba di sesuatu lokasi kebakaran untuk memadamkan api atau menyelamat­kan nyawa dan harta benda daripada musnah.

Mengenai penambahan anggota, beliau berkata perkara itu masih dalam perbincang­an tetapi JBPM kini membuat perancanga­n iaitu memindahka­n kalangan anggota sedia ada ke balai baharu selain menambah perjawatan dalam bomba bantuan.

Mengenai tempoh respons, Wan Mohd Nor berkata setakat ini beliau amat berpuas hati malah kesemua balai bomba menunjukka­n satu tindak balas yang baik dan cepat tiba di lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Seperti dalam kejadian kemalangan yang meragut nyawa tujuh pelajar tahfiz di Kampung Telekong, Kuala Krai semalam (kelmarin), anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang tiba dalam tempoh 15 minit selepas menerima maklumat.

“Meskipun berlaku di Kuala Krai tetapi pasukan yang paling dekat berada akan segera memberikan maklum balas dan berkejar ke lokasi. Apa yang mustahak anggota bomba pasti akan tiba di lokasi dan memberikan bantuan kepada mangsa,” katanya yang turut melawat lokasi kemalangan berkenaan kelmarin. — Bernama NARATHIWAT: Kira-kira 300 penduduk di sepanjang Sungai Golok di sini, berhimpun secara aman membantah tindakan tentera Thailand menutup enam pangkalan bot yang digunakan untuk berulang-alik ke Malaysia.

Enam pengkalan bot yang ditutup atas alasan keselamata­n oleh tentera itu adalah Pangkalan Gaji, Pangkalan Jambu, Pangkalan Bereng, Pangkalan Buluh, Pangkalan Cek Kaseng dan Pangkalan Retak.

“Arahan penutupan oleh pihak berkuasa itu akan memberi impak bukan sahaja kepada kami tetapi juga menjejaska­n Sungai Golok secara keseluruha­n,” kata penolong ketua komuniti Pangkalan Sungai Golok, Pairat Mamat semalam.

Tindakan penutupan enam pengkalan itu sejak dua hari lepas, telah menjejaska­n 5,200 penduduk daripada 1,300 keluarga yang bergantung hidup kepada pengkalan bot itu, katanya.

Pihak berkuasa hanya membuka Pangkalan Prapa bagi kemudahan penduduk menyeberan­g Sungai Golok untuk ke Malaysia.

Pairat berkata mereka yang berhimpun akan mengutus surat kepada Per- dana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha menerusi Datuk Bandar Sungai Golok, Sudarat Pannara supaya mempertimb­angkan semula tindakan menutup enam pengkalan berkenaan.

Surat rayuan itu akan menjelaska­n kesan- kesan buruk dihadapi penduduk tempatan termasuk kepada pemandu teksi kereta dan teksi motosikal, pengangkut barang, pemilik bot serta kira- kira 70 kanak- kanak yang menggunaka­n Sungai Golok untuk ke sekolah di Malaysia, katanya.

Pada perhimpuna­n bermula jam 10 pagi waktu tempatan itu, penduduk membawa pelbagai sepanduk antaranya tertulis ‘PM Kembalikan­lah Kebahagiaa­n Kepada Penduduk Sungai Golok’ dan ‘Penduduk Sungai Golok Dah Hampir Mati’, bagi menyatakan rasa ketidakpua­san hati mereka. — Bernama SUNGAI PETANI: Pemasangan 8,000 unit lampu jalan kampung di 15 kawasan Parlimen di seluruh Kedah dijangka siap menjelang Oktober ini, kata Pengurus Besar (Bahagian Pembahagia­n) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kedah, Ismail Lathifi Teh @ Saman.

Beliau berkata, kerja pemasangan lampu sudah bermula awal tahun ini yang bertujuan untuk meningkatk­an tahap keselamata­n di kawasan kampung.

“Setiap kawasan Parlimen diperuntuk­kan 500 unit lampu jalan. Projek ini adalah usahasama TNB dan KKLW (Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)... kerja pemasangan dilakukan oleh TNB dan bil dibayar oleh KKLW,” katanya selepas menghadiri Projek Mesra Rakyat Tahun 2017 Peringkat Negeri Kedah di Kampung Zainal Abidin Johari, Bedong, di sini, semalam.

Katanya, lokasi pemasangan kebanyakan melibatkan kawasan seperti selekoh, simpang dan tempat tumpuan ramai seperti masjid.

Sementara itu, mengulas mengenai kes kecurian kabel, beliau berkata, aktiviti kecurian lazimnya bermusim iaitu sewaktu kenaikan harga besi dan oleh individu menghadapi masalah penyalahgu­naan dadah.

“TNB ada unit keselamata­n dan unit peronda yang membuat pemantauan dan rondaan 24 jam, bagaimanap­un saya berharap agar pemimpin dan penduduk setempat dapat menjadi mata dan telinga TNB untuk melaporkan jika berlaku kecurian,” katanya.

Terdahulu, penyerahan dua kunci rumah Projek Mesra Rakyat TNB yang setiap unit berharga RM30,000 kepada dua penerima, disempurna­kan Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubunga­n MIC Kedah, Senator Datuk Jaspal Singh.

Dalam pada itu, penerima rumah terbabit yang merupakan ibu tunggal, Lee Guek Hong, 49, dan P Susila, 52, masing- masing menzahirka­n rasa gembira di atas sumbangan TNB itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAHAN: Kira-kira 300 penduduk di Sungai Golok mengadakan bantahan secara aman semalam terhadap tindakan tentera Thai menutup enam pangkalan bot di sepanjang Sungai Golok sejak tiga hari lalu atas sebab-sebab keselamata­n di Narathiwat, semalam.
— Gambar Bernama BANTAHAN: Kira-kira 300 penduduk di Sungai Golok mengadakan bantahan secara aman semalam terhadap tindakan tentera Thai menutup enam pangkalan bot di sepanjang Sungai Golok sejak tiga hari lalu atas sebab-sebab keselamata­n di Narathiwat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia