Utusan Borneo (Sarawak)

Sanchez desak untuk berpindah, Stamford Bridge dan Etihad antara destinasi pilihan

-

LONDON, England: Alexis Sanchez dikatakan bersedia menguji kelab Arsenal dengan mendesak satu perpindaha­n ke kelab pesaing dalam Liga Perdana Inggeris.

Akhbar The Mail mendakwa perwakilan yang bekerja untuk memburu kontrak bagi pihak pemain, sudah bertemu dengan pihak dari kelab Chelsea dan Manchester City dengan satu cadangan perpindaha­n pada musim panas ini.

Arsenal berasa yakin mereka tidak akan menjual Sanchez kepada pesaing mereka dalam Liga Perdana, dengan lebih suka menjual pemain itu ke kelab di luar England sekiranya terpaksa melepaskan pemain antarabang­sa Chile itu.

Bayern Munich dan Juventus juga destinasi pilihan untuk perpindaha­n Sanchez.

Apa pun, ia tidak menghalang Sanchez untuk mengintai peluangnya di England.

Sumber menegaskan Sanchez masih belum membuat satu keputusan sama ada beliau akan beraksi di Arsenal atau tidak musim hadapan tetapi kelab kelihatan bakal berdepan banyak cabaran untuk mengekalka­n barisan pemain bintangnya pada musim panas ini.

Akhbar The Mail mendedahka­n minggu lepas di mana kelab ada menawarkan Sanchez kontrak baharu bernilai sekitar 270,000 pound seminggu, dengan Sanchez dikatakan mahu gaji minima 300,000 pound dan beliau tahu beliau boleh mendapat gaji sebanyak itu di City atau Chelsea.

Jika Sanchez tidak menandatan­gani kontrak baharu, Arsenal dijangka terpaksa menjual untuk mengelak melepaskan pemain tanpa sebarang yuran perpindaha­n pada akhir musim hadapan.

Wang bukan satu- satu perkara penting buat Sanchez. Beliau terdesak untuk menyertai sebuah kelab yang boleh mencabar kejuaraan.

Walaupun memenangi Piala FA bersama Arsenal musim ini, Sanchez masih meragui keupayaan Arsenal mencabar kejuaraan Liga Perdana pada musim hadapan.

Arsenal berharap untuk menjanjika­n pembelian berkualiti dan satu tawaran gaji menghampir­i 300,000 pound seminggu yang diminta Sanchez mungkin boleh memujuknya untuk terus kekal.

Satu perpindaha­n ke Chelsea akan membolehka­n Sanchez terus tinggal di ibu kota London dan bermain dalam Liga Juara- Juara, sesuatu yang tidak ditawarkan oleh Arsenal pada musim hadapan.

Perpindaha­n ke City akan menyatukan beliau semula dengan bekas jurulatihn­ya di Barcelona, Pep Guardiola.

Sumber rapat dengan kelab City mencadangk­an Jumaat lepas di mana kelab itu percaya mereka berada dalam kedudukan lebih baik kerana satu perpindaha­n ke Manchester bukan satu masalah buah Sanchez.

Pengarah bola sepak City, Txiki Begiristai­n, bertanggun­gjawab untuk cuba mencapai satu persetujua­n dan jika dimuktamad­kan, akan menjadikan Sanchez penerima gaji terbesar di City. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? IDAM KEJUARAAN: Sanchez (kanan) bersaing dengan pemain Chelsea, Cesar Azpilicuet­a pada perlawanan akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, London pada 27 Mei lepas.
— Gambar Reuters IDAM KEJUARAAN: Sanchez (kanan) bersaing dengan pemain Chelsea, Cesar Azpilicuet­a pada perlawanan akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, London pada 27 Mei lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia