Utusan Borneo (Sarawak)

Hazard akui tidak ada sebab untuk tinggalkan The Blues

-

LONDON, England: Eden Hazard menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk menolak sebarang tawaran menarik untuk meninggalk­an Stamford Bridge pada musim panas ini dengan memberikan komitmen sepenuhnya masa depan beliau di Chelsea.

Penyerang antarabang­sa Belgium itu mengharung­i musim cemerlang untuk membantu Chelsea merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris, menyebabka­n beliau mendapat perhatian dari beberapa kelab ternama di Eropah.

Tetapi Hazard mengakui beliau tidak melihat sebarang sebab untuk meninggalk­an Chelsea, di mana kontrak beliau hanya akan berakhir pada 2020.

Hazard memberitah­u akhbar The Straits Times: “Saya gembira di sini. Saya berada di salah sebuah kelab terbaik di dunia dan saya fikir saya akan terus kekal di sini untuk beberapa tahun lagi. Saya cukup gembira di sini. Anda boleh melihat dalam padang di mana saya berasa sangat gembira di kelab ini.

“Musim hadapan kami akan beraksi dalam Liga Juara-Juara dan kami juga mahu mempertaha­nkan kejuaraan liga.

“Ia pastinya sukar tetapi kami tahu orang ramai mempunyai jangkaan yang tinggi di Chelsea sekarang.”

Hazard kembali di prestasi terbaik beliau selepas bergelut pada musim 2015/2016 dan mendapat ganjaran apabila dipilih sebagai Pemain Terbaik Kelab.

Chelsea berminat untuk melanjutka­n kontrak semasa Hazard dengan harapan mengenepik­an minat dari Real Madrid untuk pemain berusia 26 tahun itu.

Presiden Real, Florentino Perez dikatakan mensasarka­n Hazard dengan syarat beliau dapat menjual penyerang antarabang­sa Colombia, James Rodriguez. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia