Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Crutchlow cipta masa terpantas

-

LUCO DI MUGELLO, Itali: Cal Crutchlow, yang menunggang jentera Honda, mencipta masa terpantas pada dua sesi latihan bebas menjelang perlumbaan MotoGP Itali di Mugello hari ini.

Pelumba dari Britain itu mencipta masa terpantas 1 minit 47.365 saat untuk berada di hadapan pelumba dari Itali, Andrea Dovizioso ( Ducati), yang mencipta masa terpantas pada sesi pagi sementara pelumba pasukan Yamaha Tech3 dari Jerman, Jonas Folger di tempat ketiga.

“Saya tidak berasa begitu hebat dengan jentera ini, saya tidak merasainya dalam beberapa hari tetapi secara keseluruha­nnya, saya agak gembira dengan sesi hari ini ( Jumaat),” kata Curtchlow.

Dovizioso juga berasa berpuas hati tetapi memberi amaran bahawa ada masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

“Saya benar-benar gembira dengan sesi latihan hari ini tetapi ia tidak cukup bagus kerana esok, pelumba lain akan meningkatk­an lagi prestasi jentera mereka dan kami juga harus meningkatk­an lagi prestasi kami terutama sekali di bahagian selekoh,” kata beliau.

Tiga pelumba utama, Jorge Lorenzo ( Ducati), pendahulu keseluruha­n kategori pelumba, Maverick Vinales (Yamaha) dan Marc Marquez (Honda) masingmasi­ng hanya menduduki tempat ke-10, 11 dan 13.

Vinales terbabas pada satu ketika dan juga kelihatan bergelut selepas itu sementara pelumba tuan rumah, Valentino Rossi, masih mengalami masalah kesukaran bernafas selepas pulih dari satu kemalangan semasa latihan sukan motocross minggu lepas dan menamatkan sesi latihan di tangga ke-14.

“Sesi hari ini adalah penting untuk menilai kedudukan sebenar saya,” kata Rossi.

“Pagi ini, saya terjejas teruk dan berasa sangat sakit di bahagian sebelah kanan, terutama sekali ketika memecut tetapi pada sebelah petang, situasinya lebih baik. Saya bergelut dari segi fizikal terutama sekali pernafasan saya kerana saya belum cergas sepenuhnya ketika ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia