Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tidak takut untuk berpindah: Mbappe

-

PARIS, Perancis: Pemain remaja Monaco, Kylian Mbappe menarik perhatian Real Madrid dan mungkin akan meninggalk­an kelab selepas mengakui bahawa beliau tidak takut untuk berpindah ke kelab lain.

Pemain berusia 18 tahun itu mencuri perhatian bola sepak Eropah musim ini dengan 26 gol dari 44 perlawanan, termasuk enam di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Gol beliau juga membantu Monaco memenangi kejuaraan Ligue 1 Perancis dan membole- hkan beliau dipanggil ke dalam skuad kebangsaan Perancis pada bulan Mac.

Beliau ketika ini bersama-sama skuad Perancis untuk perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang Paraguay dan England dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Sweden bulan ini.

Dan walaupun beliau kelihatan terbuka dengan prospek menyertai Bernardo Silva yang sudah meninggalk­an kelab – ke Manchester City di England – Mbappe mengambil berat tentang peningkata­n mendadak dalam permainann­ya.

“Kenapa perlu kurang bermain?” soal beliau. “Saya harus menimbang isu itu, tidak, saya tidak takut untuk berpindah.”

Juara La Liga Sepanyol, Real Madrid, adalah antara kelab yang memantau perkembang­an Mbappe.

Tetapi prospek bermain di bawah idola di zaman kanak-kanak tidak akan menjadi penentu keputusan Mbappe.

“Saya bermimpi untuk menjadi Zidane sebagai pemain, bukan jurulatih,” kata Mbappe.

“Zidane adalah pemain yang menyebabka­n saya bermimpi dan saya masih mengimpika­n cita- cita saya apabila melihat video beliau bermain.

“Sebagai jurulatih, ia berbeza sekali. Beliau seorang jurulatih yang hebat dan terus berkembang.”

Beliau juga mengakui akan mendengar nasihat jurulatih kebangsaan Perancis, Didier Deschamps tentang langkah seterusnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia