Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea dijangka akan dapatkan khidmat Bakayoko

-

LONDON, England: Kelab Chelsea dan Monaco meneruskan perbincang­an mengenai cadangan penjualan Tiemoue Bakayoko dengan nilai 43 juta pound.

Kelab juara Liga Perdana Inggeris itu berharap untuk mengenepik­an minat dari Manchester United untuk pemain tengah berusia 22 tahun itu walaupun Monaco ada bertanya sekiranya mereka boleh mendapatka­n Michy Batshuayi atau Charly Musonda sebagai sebahagian dari perjanjian pembelian.

United dalam pada itu mengekalka­n minat untuk mendapatka­n pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic dan Fabinho dari Monaco, jika gagal mendapatka­n Bakayoko pada musim panas ini.

Bakayoko mencuri perhatian musim ini ketika Monaco memenangi Ligue 1 Perancis, dengan pemain muda itu menjadi antara nadi utama pasu- kan sepanjang musim.

Beliau membuat 46 penampilan dalam semua pertanding­an, menyebabka­n beberapa kelab utama di Eropah menunjukka­n minat untuk mendapatka­n khidmatnya.

Chelsea dijangka akan mendapatka­n khidmatnya dengan pengurus kelab, Antonio Conte, dipercayai akan mengadakan rundingan dengan pemain antarabang­sa Perancis itu dalam beberapa hari lagi.

Musonda dijangka akan ke Monaco sekiranya berlaku tambahan pemain selepas gagal menempatka­n diri dalam skuad utama Chelsea ekoran kontrak pinjaman di Real Betis.

Beliau kembali dari Sepanyol kerana kecederaan lutut tetapi walaupun menjalani latihan dengan skuad senior selepas kembali cergas, beliau tidak langsung membuat sebarang penampilan dalam skuad perlawanan Chelsea. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia