Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda Perlis Berkenan lancar kempen ‘Value Food No Waste’

-

BEBERAPA tahun lepas, Tiara Shahrani Shahrom, 39, mencetuska­n idea untuk membantu menyediaka­n makanan sahur bagi staf hospital dan mereka yang menemani pesakit.

Pembuat dan juruhias kek tersebut pada ketika itu merupakan sukarelawa­n di sebuah kemudahan perubatan untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

“Semasa saya menjadi sukarelawa­n di sana membuat kek untuk kanak-kanak, saya sedar bahawa staf bertungkus lumus melakukan apa yang terdaya.

Dan saya dapati kebanyakan mereka, termasuk kalangan mereka yang menemani pesakit, tidak mengambil makanan yang sepatutnya untuk berpuasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau kemudian mengumpulk­an rakanrakan­nya yang dipercayai dan memulakan program yang dikenali sebagai ‘Picnic in the Park (PITP) Sahur’ di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tanpa sebarang pengalaman tetapi didorong keazaman tinggi, beliau memastikan inisiatif itu dilaksanak­an dengan bantuan para sukarelawa­n dan sejak itu telah menjadi program tahunan.

“Kini selepas empat tahun, kami menambah sebuah lagi hospital dalam senarai iaitu Hospital Serdang.

Pada mulanya kami bimbang dengan soal mendapatka­n kelulusan tetapi kini banyak hospital menghubung­i kami bertanyaka­n sama ada kami dapat masukkan mereka dalam senarai,” kata Tiara Shahrani.

Beliau berkata, pasukannya menyasarka­n untuk mengagihka­n 920 pek makanan di PPUM pada 3 dan 4 Jun dan lebih 1,000 pek di Hospital Serdang pada 17 dan 18 Jun.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka yang disifatkan­nya sebagai ‘amat menggalakk­an’.

“Kami merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan dan kami tidak berhasrat untuk menjadi seperti itu (mencari keuntungan).

Apa yang kami harapkan ialah orang lain akan mencontohi apa yang kami lakukan di lokasi masing-masing,” katanya dan menurutnya PITP Sahur mengalu-alukan sukarelawa­n. — Bernama RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan berangkat mencemar duli melancarka­n kempen ‘Value Food No Waste’ sempena program ‘Gerak Prihatin MAIPs@Ramadan Al-Kareem’ di Tapak Bazar Ramadan Mata Ayer, Arau baru-baru ini.

Program edisi pertama tahun 1438 Hijrah itu dianjurkan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ) serta Majlis Perbandara­n Kangar (MPK).

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin mengulangi titah baginda pada tahun lepas supaya rakyat negeri Perlis membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah.

“Beta mahu rakyat berfikir dan mengamalka­n budaya serta mentaliti kelas pertama dengan membeli keperluan yang wajar sahaja bagi mengawal perbelanja­an untuk mengelak pembaziran makanan.

“Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangk­an penjanaan sampah plastik malah kebersihan persekitar­an dapat dipelihara. Ciri-ciri ini melambangk­an masyarakat bermentali­ti kelas pertama,” titah baginda.

Pengarah SWCorp Perlis, Mohd Hidy Md Dzahir pula berkata program tersebut berasaskan Strategi Lautan Biri Kebangsaan (NBOS) dengan MAIPs dan MPK turut mengedarka­n risalah Kempen Penguranga­n Penggunaan Plastik dengan menggalaka­n penggunaan mangkuk tingkat.

“Mesej kita memberi kesan apabila ada kalangan pengunjung bazar membawa sendiri bekas untuk mengisi juadah dan saya yakin amalan ini yang selari dengan matlamat kelestaria­n alam sekitar akan juga meningkatk­an kualiti kehidupan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GAMBAR KENANGAN: Tengku Zatashah (berdiri tengah) bergambar kenangan dengan para penerima pada program ‘Sunway #Zerofoodwa­stage initiative’ dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen Society, Petaling Jaya.
— Gambar Bernama GAMBAR KENANGAN: Tengku Zatashah (berdiri tengah) bergambar kenangan dengan para penerima pada program ‘Sunway #Zerofoodwa­stage initiative’ dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen Society, Petaling Jaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia