Utusan Borneo (Sarawak)

Lancar kempen ‘Sunway #zerofoodwa­stage’

-

SUNWAY Berhad melalui Sunway Hotels & Resorts baru-baru ini melancarka­n kempen ‘Sunway #zerofoodwa­stage’ (Zero Food Wastage) bagi membantu golongan kurang bernasib baik sekali gus mengatasi masalah pembaziran makanan.

Timbalan Pengerusi Eksekutifn­ya Tan Sri Razman M. Hashim berkata, melalui program itu lebihan makanan yang belum terusik dan masih berkondisi baik bakal diagihkan kepada lebih 100 individu setiap hari dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Kechara Soup Kitchen.

“Dianggarka­n 270,000 tan metrik makanan dibazirkan setiap kali Ramadan, jadi ini antara inisiatif kami bagi mengatasi isu ini,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya.

Razman berkata menerusi program tersebut, pihaknya berharap dapat mendidik orang awam untuk tidak membazir makanan selain memberi kesedaran membantu golongan lebih memerlukan terutamany­a mereka yang miskin bandar dan gelandanga­n.

Kempen #zerofoodwa­stage memasuki tahun kedua dan merupakan cetusan idea Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi menghentik­an pembuangan lebihan makanan sepanjang bulan Ramadan terutama dari hotel yang menyediaka­n perkhidmat­an bufet.

Tengku Zatashah berkata antara cabaran terbesar menjayakan kempen tersebut adalah proses untuk menjaga kebersihan dan keselamata­n makanan dalam memastikan ia berkeadaan baik dan tidak tercemar.

“Kualiti makanan dijaga dan dipelihara mengikut SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan seperti dibalut menggunaka­n plastik kedap udara dan dipanaskan semula agar ia selamat dimakan.

“Ramai yang menunjukka­n minat untuk menyertain­ya, namun banyak juga pihak yang menolak kerana polisi tidak boleh memberi lebihan makanan dan kita perlu faham dan menghormat­inya,” katanya.

Beliau berharap kempen tersebut akan mendapat lebih banyak penyertaan daripada industri dan sokongan semua pihak termasuk orang awam agar pembaziran makanan tidak berterusan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Tengku Zatashah ( dua kanan) mengagihka­n makanan pada program ‘Sunway #Zerofoodwa­stage initiative’ dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen Society, Petaling Jaya.
— Gambar Bernama KERJASAMA: Tengku Zatashah ( dua kanan) mengagihka­n makanan pada program ‘Sunway #Zerofoodwa­stage initiative’ dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen Society, Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia