Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbang RM300,000 kepada golongan memerlukan

-

D’HERBS Holding (M) Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Zakat Negeri Selangor memperuntu­kkan RM300,000 melalui ‘Program Abang Terlajak Tolong’ sebagai sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba nanti.

Program yang diadakan di Wisma D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, dihadiri 200 golongan asnaf dan 17 pertubuhan termasuk institusi sekolah terpilih yang masing-masing menerima bantuan berbentuk barang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan lain-lain lagi sebagai kelengkapa­n menyambut bulan Ramadan dan Syawal nanti.

Menurut pengasas dan Pengarah Urusan D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, program seperti ini dapat meringanka­n bebanan golongan yang tidak berkemampu­an. Kebajikan mereka adalah tanggungja­wab yang perlu dipikul oleh orang berkemampu­an bagi memastikan mereka tidak dipinggirk­an.

Ia merupakan salah satu program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) D’Herbs untuk membantu mereka yang kurang berkemampu­an supaya dapat menjalani bulan Ramadan dengan sempurna dan selesa.

Aliff berkata, dia menolong orang bukan untuk mendapat nama atau menunjuknu­njuk tetapi untuk kepuasan dirinya selain berasa kasihan kepada golongan ini.

Usaha Aliff tidak terhenti di sini bagi membantu golongan yang memerlukan kerana beliau akan menjalanka­n aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadan supaya golongan ini dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Katanya lagi, golongan yang kurang bernasib baik dapat memberi keinsafan kepada setiap manusia untuk lebih mengenali diri sendiri dan merapatkan diri dengan golongan berkenaan pada bulan Ramadan mampu membersihk­an jiwa daripada perasaan yang tidak baik.

Hadir sama pada program tersebut ialah Datin Shahida Mohd Rashid, wakil pihak Zakat Negeri Selangor, Ketua Operasi Agihan Zakat Daerah Petaling iaitu Mohd Salahudin Azmi Mohd Ali dan Eksekutif Operasi Agihan Daerah Petaling serta Norshahazl­in Abd Rahim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia