Utusan Borneo (Sarawak)

Joaquin Phoenix menang pelakon terbaik Cannes

-

AKTOR Joaquin Phoenix, yang memenangi anugerah pelakon terbaik di Cannes, menjadi bintang dengan membawa watak jiwa yang terseksa dan pelbagai watak orang jahat.

Lakonan terbaiknya itu sebagai pembunuh yang bersenjata­kan tukul dalam filem arahan Lyne Ramsay ‘You Were Never Really Here’ menggabung­kan kedua-dua bentuk itu dalam satu persembaha­n yang magnetik, untuk mendedahka­n luka-luka fizikal dan psikologi yang dialami wataknya yang tidak banyak bercakap.

Majalah Variety berkata pelakon berusia 42 tahun itu, yang menegapkan badan untuk watak itu, “tidak pernah berlakon sebagai watak yang terluka dengan cara yang sama dua kali”, dan memuji “pembawaan watak orang keras yang pelik dan kadang-kadang kelakar”.

Pelakon itu – tiga kali dicalonkan bagi anugerah Oscar, termasuk bagi lakonannya sebagai penyanyi country yang bermasalah Johnny Cash dalam ‘Walk the Line’ – memberi bayangan sepintas lalu mengenai trauma yang dialaminya sendiri pada zaman kanak-kanak apabila ditanya di Cannes mengenai wataknya yang terbaharu, yang disebut oleh pengkritik sebagai satu “kajian yang sangat elok dan gelisah mengenai kerosakan”.

Dia membawa watak Joe, seorang bekas askar yang diupah oleh seorang senator negeri New York untuk menyelamat­kan anak perempuann­ya dari satu sindiket seks pedofilia.

Namun Joe diganggu oleh hantuhantu­nya sendiri, dan mencederak­an serta mencekik diri dengan beg plastik untuk menutup memori tentang zaman kanak-kanaknya dan Perang Iraq.

Phoenix membesar dalam sebuah keluarga hipi yang menjelajah sekeliling Amerika Selatan bersama sekta ‘Children of God’ sebelum mereka menetap di Los Angeles, di mana ibu bapanya melantik seorang ejen untuk melancarka­n karier lakonan anak-anak mereka.

Joaquin, ketika itu dikenali sebagai Leaf, dan abangnya River mendapat watak-watak televisyen pada awal tahun 1980an, dan River yang amat tampan pada mulanya membayangi­nya.

River Phoenix menjadi bintang pada usia 16 tahun dalam drama ‘Stand By Me’ pada 1986 sebelum dia membawa watak Indiana Jones ketika muda dalam ‘Indiana Jones and the Last Crusade’ dan menjadi pelakon kesayangan dalam dunia ‘art house’ dengan ‘My Own Private Idaho’ pada 1991.

Namun ketika Joaquin baharu berusia 19 tahun, dia kehilangan abangnya yang mengambil dos dadah berlebihan, dan rakaman panggilan Joaquin yang terdesak ketika menghubung­i ambulans telah dijual kepada media.

Selepas kematian River, Phoenix pada mulanya tidak mahu berlakon lagi, tetapi dia berjaya dipujuk untuk kembali semula dan mempamerka­n lakonan yang menakjubka­n di sisi Nicole Kidman dalam satira Gus Van Sant mengenai selebriti ‘To Die For’ pada 1995. - Menyalurka­n sisi gelapnya -

Satu siri watak budak jahat menyusul dan pelakon itu menyalurka­n sisi gelapnya untuk berlakon sebagai teman lelaki yang kasar dalam filem jenayah arahan Oliver Stone ‘U Turn’ dan pengurus kedai seks dalam filem aksi ‘8MM’.

Semua ini memuncak dalam lakonannya sebagai maharaja Romawi yang jahat Commodus yang menyeksa Russell Crowe dalam ‘Gladiator’ (2000), yang membolehka­nnya untuk menerima pencalonan pertamanya bagi anugerah Oscar dalam kategori pembantu pelakon terbaik.

Lima tahun kemudian dia belajar untuk menyanyi dan bermain gitar bagi meniru Cash dalam ‘Walk the Line’ – yang membolehka­nnya untuk menerima pencalonan kedua bagi anugerah Oscar – tetapi kemudian dia mengadakan beberapa konsert yang teruk dan wawancara yang merapu untuk seakan-akan membayangk­an dia sudah hilang arah.

Namun pelakon vegetarian yang taat dan suka bersosial itu sebenarnya membuat satu dokumen palsu ‘I’m Still Here’ bersama iparnya Casey Affleck.

Tiga tahun kemudian Phoenix kembali dengan jayanya dalam drama mengenai ‘Scientolog­y’ ‘The Master’, dan berkongsi anugerah pelakon terbaik di festival filem Venice bersama Philip Seymour Hoffman bagi watak-watak mereka.

Dan setahun kemudian, dia menyusulin­ya dengan cereka percintaan sains fiksyen ‘Her’ sebagai seorang penulis yang kesepian dan menjalin hubungan dengan sistem operasi komputer. Walaupun Phoenix menafikan yang dia turut terlibat dalam penulisan ‘You Were Never Really Here’, Ramsay, si pengarah, berkata dia ada mengubahsu­ai kata-kata dan adegan.

Dia berkata walaupun wataknya membunuh dan mencacatka­n mangsa dengan tukul, dia mahu menerokai “kelemahan kelelakian”.

“Kami mahu lari daripada idea mengenai wira lelaki itu,” katanya.

“Saya fikir apa yang mungkin menarik mengenai filem ini ialah sebenarnya si gadis itu yang pada akhirnya menyelamat­kan diri sendiri.” – AFP

 ??  ??
 ?? Reuters — Gambar ?? TERBAIK: Joaquin Phoenix bergambar dengan anugerah aktor terbaik yang dimenangin­ya untuk filem ‘You Were Never Really Here’.
Reuters — Gambar TERBAIK: Joaquin Phoenix bergambar dengan anugerah aktor terbaik yang dimenangin­ya untuk filem ‘You Were Never Really Here’.
 ?? — Gambar Reuters ?? DI FESTIVAL CANNES: Joaquin Phoenix (dua kanan) dan pengarah Lynne Ramsay (tengah) semasa tiba untuk tayangan filem ‘You Were Never Really Here’ bersama barisan pelakon yang lain iaitu Alex Manette, Ekaterina Samsonov, serta John Doman di festival...
— Gambar Reuters DI FESTIVAL CANNES: Joaquin Phoenix (dua kanan) dan pengarah Lynne Ramsay (tengah) semasa tiba untuk tayangan filem ‘You Were Never Really Here’ bersama barisan pelakon yang lain iaitu Alex Manette, Ekaterina Samsonov, serta John Doman di festival...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia