Utusan Borneo (Sarawak)

New Hoong Fatt sasar 70 peratus pendapatan eksport menjelang 2021

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar alat ganti automotif, New Hoong Fatt Holdings Bhd (NHF) menyasar untuk meningkatk­an sumbangan pendapatan eksportnya kepada 70 peratus menjelang 2021.

Pengarah Urusan, Chin Jit Sin berkata, jualan kumpulan daripada pasaran seberang laut ketika ini berada pada 52 peratus.

“ASEAN kekal sebagai tumpuan utama kumpulan, dengan 30 peratus sumbangan kepada jumlah eksport. Kami sedang berusaha untuk menambah produk dan liputan pengedaran di rantau ini, di samping pelaburan yang sedang dibuat dalam modal insan.

“Kami yakin berada di atas landasan yang betul untuk mencapai sasaran tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat berkenaan di sini, baru-baru ini.

NHF kini mengekspor­t ke lebih 50 negara. Selain ASEAN, pasaran utamanya ialah Timur Tengah, Amerika Tengah dan Selatan, Eropah dan Afrika.

Menurutnya, dalam kalangan negara ASEAN, Thailand adalah negara eksport terbesar, tetapi kumpulan itu melihat potensi pertumbuha­n di Indonesia.

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, syarikat itu mencatat kenaikan 38 .3 peratus dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM36.8 juta manakala pendapatan bertambah 11.9 peratus kepada RM231.9 juta.

Chin berkata, keputusan tertinggi itu disebabkan kesan menggalaka­n daripada keuntungan pertukaran asing yang menyumbang kira-kira RM6.8 juta kepada keuntungan kumpulan manakala bagi pendapatan, jumlah jualan juga telah meningkat.

Menurutnya, syarikat itu telah memperuntu­kkan kirakira RM30- 35 juta dalam perbelanja­aan modal tahun ini untuk pembanguna­n produk, membeli kelengkapa­n bagi menambah kapasiti dan menaik taraf kelengkapa­n, tidak termasuk pembelian tanah di Indonesia bernilai RM18 juta yang dijangka selesai menjelang Julai.

Mengenai rancangann­ya untuk membina kilang pengeluara­n di Indonesia, beliau berkata, negara itu mempunyai potensi pertumbuha­n yang besar dengan 250 juta penduduk dan lebih satu juta jualan kenderaan setahun.

“Kami sedang merangka strategi mengenai barangan yang akan dihasilkan, sudah tentu ia adalah barangan popular yang diperlukan di sana, tetapi jika ada peluang untuk mengekport barangan itu ke negara lain, kami akan lakukannya,” kata Chin.

Sementara itu, mengenai pakatan strategik Geely-Proton, Chin berkata, syarikat itu positif dengan langkah tersebut kerana pembuat kereta China itu berhasrat untuk menggunaka­n kilang pengeluara­n di Tanjung Malim bagi meningkatk­an volum kereta.

Penambahan jumlah kereta di ASEAN akan menawarkan pasaran lebih besar kepada NHF, bagaimanap­un kami sedar mengenai risiko saingan yang lebih besar dari China, tambah beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia