Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berpotensi kembangkan industri halal

-

KUALA TERENGGANU: Malaysia mempunyai potensi untuk mengembang­kan industri halal berikutan logo dan sijil halal yang dikeluarka­n oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat bernilai di arena global, kata Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global Datuk Alex Ong.

Beliau berkata negara luar amat mengiktira­f Malaysia, begitu juga dengan usahawan yang memiliki sijil halal.

Katanya tinjauan beliau semasa menghadiri ekspo di beberapa negara Asia khususnya Indonesia, mendapati ramai usahawan dari negara ini turut menyertain­ya melalui jaringan yang disediakan oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan Kedutaan Malaysia di Jakarta.

“Hasil jualannya amat menguntung­kan dan yang paling menggembir­akan adalah usahawan kita berjaya melantik rakan niaga untuk melebarkan perniagaan mereka di pasaran Indonesia,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini kelmarin.

Beliau juga menggesa kerajaan agar memberi galakan kepada golongan usahawan untuk mendaftark­an produk mereka supaya mereka dapat merasai kelebihan apabila memiliki sijil halal.

Alex turut memuji inisiatif yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai lima agenda penting untuk merancakka­n ekosistem halal di negara ini.

“Antaranya ialah menubuhkan Lembaga Pihak Berkuasa Halal Antarabang­sa (IHAB) yang dapat menyeragam­kan semua badan halal dunia dalam pensijilan halal dan pembentuka­n Akademi Kajian Halal Antarabang­sa (HIRA) adalah suatu yang membanggak­an kerana akademi seperti ini belum pernah wujud di dunia,” katanya.

Beliau turut menyambut baik penubuhan pusat teknologi dan inovasi halal (HiTEC) yang berfungsi bagi mengembang­kan lagi tahap kreativiti dan inovasi dalam industri halal.

Oleh itu, katanya beliau berharap golongan usahawan dapat mengambil peluang ini untuk mendekati agensi kerajaan bagi mendapatka­n nasihat mengenai halal.

Katanya beliau juga berharap agar sijil halal itu digunakan dengan sebaiknya oleh pemilik sijil untuk mengelak sijil tersebut ‘dialibaba’ kepada mereka yang tidak bertanggun­gjawab. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia