Utusan Borneo (Sarawak)

Proton dijangka rugi RM1 bilion jika tidak distruktur semula

-

SEREMBAN: Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mengalami kerugian sebanyak RM1 bilion pada tahun ini sekiranya syarikat automotif nasional itu tidak distruktur semula, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata pada tahun lepas misalnya, kerugian syarikat itu telah mencecah RM500 juta berikutan prestasi jualan yang tidak memberangs­angkan iaitu sekitar 72,000 unit setahun dan 6,000 unit sebulan.

“Pada tahun lepas kerajaan bantu dengan memberi pinjaman mudah RM1.5 bilion. Tahun ini minta lagi (daripada kerajaan untuk) R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) pula RM1.1 bilion.

“Ini duit rakyat yang kita gunakan untuk selamatkan Proton kerana 60,000 orang bergantung rezeki dengan Proton...jadi berapa lama lagi kita perlu beri (sumbangan duit rakyat),” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan pelan- caran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) di Masjid Paroi Jaya, di sini, kelmarin.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan, penstruktu­ran semula Proton bukan keputusan yang berlandask­an emosi sebaliknya dilakukan atas dasar ‘hidup dan mati’ syarikat itu.

“Kita tak mahu perniagaan yang mati, perniagaan yang lumpuh, tetapi perniagaan yang untung. Kita tak boleh bangga dengan kereta nasional tetapi (hakikatnya ia) rugi berbilion-bilion. Kita lebih bangga dengan kereta nasional yang memberi untung serta faedah kepada kita.

“Apa yang penting adalah mesti menguruska­n perniagaan sehingga membawa kepada keuntungan,” kata Najib.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu juga bukanlah berkisar kepada soal untuk mempertaha­nkan 100 peratus pegangan, sebaliknya adalah lebih baik untuk memiliki 51 peratus kepentinga­n dengan turut meraih keuntungan.

Beliau menegaskan, dalam soal ini terdapat dua pilihan iaitu memiliki pegangan 100 peratus tetapi rugi beratusrat­us juta atau peganganny­a berkuranga­n namun mencatat keuntungan mencecah ratusan juta.

“Sebab itulah kita buat pilihan kedua iaitu lebih baik pegangan dikurangka­n tetapi perniagaan kita (meraih) untung,” katanya.

Sehubungan itu, Najib menggesa rakyat untuk memahami rasional di sebalik isu berkenaan.

“Kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan bukannya nak tipu rakyat. Begitu juga dengan (pelak- sanaan) GST (Cukai Barang dan Perkhidmat­an) kerana kita mahu kewangan negara kita kukuh.

“GST ini akan disalurkan kepada bidang termasuk kesihatan dan sekolah. Terbaru, ( pemberian) bantuan khas kewangan RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam dan RM250 untuk pesara yang berjumlah RM1 bilion,” katanya.

Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan ( LJK8) itu merupakan penyaluran kemudahan bekalan elektrik luar bandar di lapan kawasan Parlimen negeri ini.

Ia membabitka­n pemasangan 4,337 unit lampu jalan dengan 500 unit jenis ‘ Lampu Sodium Tekanan Tinggi’ di setiap kawasan Parlimen yang menelan kos keseluruha­n sebanyak RM3.4 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pihak pelaksana.

Najib dan Rosmah turut menyampaik­an duit raya kepada 60 orang anak- anak yatim dari kawasan Panchor Jaya dan Paroi Jaya. — Bernama ARAU: Kemudahan infrastruk­tur Kawasan Perindustr­ian Lembah Chuping (CVIA) membabitka­n kawasan seluas lebih 1,215 hektar, dijadual siap sepenuhnya pada tahun 2020, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Menurutnya, ini termasuk pembinaan Pusat Perniagaan Bersepadu (IBC) bernilai RM36 juta dan merupakan pusat sehenti untuk pelabur mendapat maklumat serta berunding dengan pihak berkuasa, yang dijangka siap September ini.

“CVIA adalah projek kerajaan negeri yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dan bakal menjadi pemangkin ekonomi Perlis.

“Ia dijangka menjana pendapatan kasar berjumlah RM2.58 bilion menjelang tahun 2025,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an bantuan Ramadan kepada seramai 1,853 penerima dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sanglang di Masjid Bongor Kudong di sini, semalam.

CVIA dilancarka­n secara rasmi oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l pada 27 Mac lepas.

Mengulas lanjut potensi daya maju CVIA, Azlan menegaskan, beliau tidak akan bertindak melaksanak­an sesuatu projek jika meragui sama ada ia dapat dijalankan atau sebaliknya.

“Saya mengambil pendekatan untuk membuat kaji selidik dan perundinga­n (terlebih dulu).

“Selepas didapati sesuai manakala terma serta syaratnya dapat dicapai serta menguntung­kan kedua-dua pihak (kerajaan dan pelabur), barulah kita melancarka­nnya,” katanya.

Mengenai bantuan Ramadan, beliau berkata Sanglang merupakan DUN ke-11 mendapat bantuan itu manakala DUN Pauh, Kayang, Santan dan Indera Kayangan dijangka menerima sumbangan itu sebelum 17 Ramadan ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANCAR: Najib melihat peta pada Pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 ((LJK8) sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Kariah Paroi Jaya di Seremban kelmarin. Turut hadir Mohamad (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif...
— Gambar Bernama DILANCAR: Najib melihat peta pada Pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 8 ((LJK8) sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Kariah Paroi Jaya di Seremban kelmarin. Turut hadir Mohamad (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia