Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n penengah gaji M’sia diunjur 6.5% tahun ini

Didorong oleh pasaran buruh yang lebih baik dan stabil

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n penengah gaji Malaysia diunjur mencapai 6.5 peratus tahun ini, didorong pasaran buruh yang lebih baik dan stabil, demikian menurut MIDF Research.

Menurut firma itu, unjuran pertumbuha­n tersebut adalah seiring dengan prestasi negara yang merekodkan penengah gaji meningkat lebih lima peratus bagi dua tahun berturut-turut iaitu 6.7 peratus pada 2015 dan 6.4 peratus pada 2016.

“Melangkah maju, kami menyaksika­n pertumbuha­n gaji kekal ke arah untuk mencatat lebih lima peratus memandangk­an unjuran menaik pada 2017,” menurut MIDF Research dalam nota kelmarin.

Firma penyelidik­an itu berkata, pertumbuha­n gaji bagi sektor pembuatan dan perkhidmat­an dijangka lebih baik berbanding 2016 susulan petunjuk ekonomi bagi aktiviti domestik dan global menunjukka­n tanda- tanda pemulihan yang mampan.

Sementara itu, MIDF Research berkata, inflasi diunjur pada purata 4.5 peratus tahun ini, didorong terutamany­a faktor tolakan kos, manakala kadar penganggur­an dijangka pada 3.3 peratus.

“Pengukuhan pasaran buruh dan pertumbuha­n gaji yang stabil akan meningkatk­an penggunaan swasta dan menyumbang secara positif kepada prestasi ekonomi Malaysia pada 2017,” menurutnya.

Mengenai prestasi tahun lepas, firma itu berkata, penengah gaji Malaysia meningkat 6.4 peratus kepada RM1,703, susulan pengenalan gaji minimum, dilaksanak­an secara berperingk­at dalam keseluruha­n ekonomi sejak separuh kedua 2016, serta permintaan domestik yang kukuh.

“Hasil daripada undangunda­ng baharu itu, pertumbuha­n gaji di semua negeri di Malaysia meningkat pada tahun lepas pada julat 2.6 hingga 14.5 peratus, dengan tiga negeri mencatat pertumbuha­n dua angka iaitu Kedah, Kuala Lumpur dan Sabah,” kata MIDF Research.

Menurutnya, pertumbuha­n gaji di Kedah meningkat kepada 14.5 peratus manakala di Kuala Lumpur ia melonjak daripada sifar kepada 13.6 peratus dan pertumbuha­n gaji di Sabah terus mencatat dua angka bagi empat tahun berturut-turut. — Bernama KUALA LUMPUR: Tidak akan ada perubahan kepada konstituen FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI, susulan kajian semula separa tahunan FTSE Bursa Malaysia Index Series semalam, kata FTSE Russell, penyedia indeks utama global.

FTSE Russel berkata enam konstituen baharu akan ditambah kepada FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index, iaitu SP Setia, CapitaLand Malaysia Mall Trust, Serba Dinamik Holdings, Eco World Internatio­nal, Malaysian Pacific Industries dan Petron Malaysia Refining and Marketing.

Bagaimanap­un, QL Resources, UEM Edgenta, Supermax Corp, Tropicana, UMW Oil and Gas dan Hume Industries akan digugurkan daripada Mid 70 Index, kata firma itu.

Bagi FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index, FTSE Russell berkata ia melihat tambahan dua konstituen baharu - IOI Properties Group dan SP Setia - tetapi Kossan Rubber dan QL Resources akan digugurkan daripada indeks tersebut.

“Semua perubahan konstituen berkuat kuasa pada permulaan perniagaan pada Isnin, 19 Jun, 2017,” kata firma itu dalam satu kenyataan kelmarin, sambil menambah kajian semula seterusnya akan dibuat pada Disember 2017.

FTSE Russell menyedia dan menguruska­n pelbagai penyelesai­an indeks, data dan analisis bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam seluruh kelas aset, gaya dan strategi.

FBM KLCI yang merupakan sebahagian daripada FTSE Bursa Malaysia Index Series, digunakan dengan meluas oleh pelabur sebagai penanda aras utama bagi pasaran Malaysia, termasuk derivatif menerusi FBM KLCI Futures dan FTSE Bursa Malaysia KLCI Options.

Penanda aras itu juga dipantau menerusi bilangan produk kewangan berkaitan indeks seperti dana diniagakan bursa. Siri indeks itu dikaji setiap setengah tahun mengikut peraturan asas indeks.

Mengenai senarai rizab FBM KLCI, FTSE Russell berkata ia terdiri daripada lima indeks bukan konstituen rangking tertinggi dari segi permodalan pasaran, iaitu Malaysia Airports, Gamuda, AirAsia, YTL Power Internatio­nal dan Sapura Energy.

Senarai rizab ini akan digunakan sekiranya satu atau lebih banyak konstituen digugurkan daripada FBM KLCI mengikut peraturan asas indeks semasa tempoh itu sehingga kajian semula separa tahunan seterusnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia