Utusan Borneo (Sarawak)

Untung sebelum cukai Petronas melonjak lebih 100% kepada RM15.5b

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 melonjak lebih 100 peratus kepada RM15.5 bilion daripada RM6.8 bilion pada tempoh sama, tahun lepas.

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat minyak negara itu berkata pendapatan lebih tinggi bagi suku berkenaan dipacu terutamany­a oleh peningkata­n harga minyak serta margin lebih baik dicatatkan perniagaan huluan dan hilirannya.

Ini, katanya, sejajar dengan usaha transforma­si yang sedang dilaksanak­an dan ter- bukti menghasilk­an pengoptimu­man kos serta peningkata­n kecekapan yang merentasi rantaian nilai syarikat berkenaan.

Keuntungan sebelum cukai lebih kukuh itu juga disumbangk­an terutamany­a oleh peningkata­n hasil susulan kenaikan purata harga sebenar dan penyusutan bersih aset lebih rendah yang sebahagian­nya diimbangi oleh peningkata­n pencukaian, kos pelunasan hartanah minyak dan gas serta produk.

Hasilnya bagi suku itu meningkat sebanyak 25 peratus kepada RM61.6 bilion daripada RM49.1 billion pada suku sama 2016, didorong oleh pu- rata harga direalisas­ikan lebih tinggi merangkumi semua produk, impak kadar pertukaran serta peningkata­n jumlah jualan gas yang diproses.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin menyifatka­n prestasi kumpulan yang kukuh dalam suku pertama tahun ini turut dipacu terutamany­a oleh inisiatif-inisiatif transforma­si Petronas yang terus mendapat sambutan.

“Ini telah mengukuhka­n kerjasama dalaman yang merentasi perniagaan huluan serta hiliran (Petronas) yang menyebabka­n peningkata­n kadar penggunaan kilang, pengeluara­n serta pembentuka­n nilai secara keseluruha­nnya.

“Kita akan terus menumpukan usaha melonjakka­n perniagaan huluan dan hiliran bagi memaksimum­kan pulangan serta meraih nilai sebagai sebuah syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, Petronas berkata pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan margin pelunasan kumpulan itu meningkat RM9.0 bilion atau 58 peratus kepada RM24.6 bilion berbanding RM15.6 bilion bagi suku sama tahun lepas.

Aliran tunai operasi kumpu- lan juga meningkat sebanyak 86 peratus kepada RM18.0 bilion berbanding suku sama tahun lepas berikutan harga purata yang lebih tinggi.

Selain itu, pelaksanaa­n usaha- usaha dalaman bagi mengurangk­an kos serta memperting­katkan kecekapann­ya juga terus membolehka­n Petronas mengurangk­an perbelanja­an operasi boleh dikawal kepada RM11.1 bilion daripada RM11.4 bilion.

Dalam pada itu, jumlah aset kumpulan pula berkuranga­n kepada RM602.1 bilion setakat 31 Mac, 2017 daripada RM603.3 bilion setakat 31 Dis, 2016 susulan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ekuiti pemegang sahamnya pula meningkat kepada RM386.9 bilion setakat 31 Mac, 2017 daripada RM380.3 bilion setakat 31 Dis, 2016 yang disumbang oleh keuntungan yang dijana dalam tempoh berkenaan.

Nisbah hutang merosot kepada 17.1 peratus setakat 31 Mac, 2017 berbanding 17.4 peratus setakat 31 Dis, 2016 dengan sebahagian besarnya hasil peningkata­n keuntungan ekuiti diraih dalam tempoh itu.

Pulangan ke atas purata modal yang digunakan (ROACE) pula meningkat kepada 6.6 peratus berbanding 5.3 peratus setakat 31 Dis, 2016 yang seiringan dengan peningkata­n keuntungan kumpulan.

Bagi kemajuan masa depan, Petronas mengekalka­n prospek konservati­f untuk tempoh berbaki 2017 biarpun mencatat keputusan positif kerana keseimbang­an permintaan dan penawaran yang masih perlahan.

Kumpulan itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha di semua peringkatn­ya bagi mengoptimu­mkan kos, meneruskan daya kecekapann­ya dan kecemerlan­gan operasi menerusi kerjasama dalam industri itu, kata Petronas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia