Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah tegas membuahkan hasil, keadaan lebih baik bagi Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatka­n kawalan ke atas spekulator mata wang, yang menggunaka­n kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) pasaran luar pesisir untuk membuat spekulasi ke atas ringgit, membuahkan hasil dengan mata wang bertambah baik dan pelabur portfolio asing mula kembali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata banyak firma penyelidik­an, bank pelaburan dan pengurus dana seperti BNP Paribas Investment Partners, Deutsche Bank, Western Asset Management dan Fidelity Internatio­nal melihat Malaysia dengan keyakinan.

“Kerajaan akan terus menyokong dasar- dasar BNM yang akomodatif dengan pertumbuha­n ekonomi dan pasaran kewangan Malaysia.

“Langkah yang diambil oleh bank pusat itu amat penting bagi membolehka­nnya melaksanak­an dasar kawal selia kewangan dan monetari yang berkesan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Abdul Rahman berkata pengkritik cepat menuding bahawa langkah-langkah ini akan menghalang pelabur asing yang menggunaka­n NDF untuk melindung nilai pelaburan portfolio mereka di Malaysia - susulan pelabur asing mengeluark­an sekurangku­rangnya AS$14 bilion daripada pasaran bon Malaysia antara November 2016 dan Mac 2017.

Beliau berkata BNM tidak memperkena­lkan lang- kah-langkah ini pada tahun lepas tanpa pelan yang menyakinka­n untuk membangunk­an pasaran hadapan dalam negara.

“Pelabur portfolio asing telah kembali sejak April tahun ini - iaitu 10 peratus daripada wang telah kembali kepada kerajaan Malaysia dan bon bank pusat.

“Pendapat bersama mereka, firma penyelidik­an, bank pelaburan dan pengurus dana berpendapa­t bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat apabila aliran keluar dana asing telah berakhir,” katanya. — Bernama

“Ini apabila ekonomi sebenar bertambah baik seperti ditunjukka­n dalam pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama sebanyak 5.6 peratus,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia