Utusan Borneo (Sarawak)

Beatriz cetus kerosakan di Mexico

Tiga maut apabila rumah ranap dibadai ribut tropika yang amat kuat

-

OAXACA: Seorang wanita dan dua kanak-kanak mati dihempap rumah yang ranap apabila Ribut Tropika Beatriz melanda selatan Mexico, manakala seorang mangsa hilang, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Beatriz menurunkan hujan lebat di wilayah Oaxaca dan membadai dengan tiupan angin maksimum 70 kilometer sejam pada malam Khamis, merosakkan rumah dan jalan raya.

Pegawai pengurusan bencana negeri Armando Bohorquez menyatakan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang budak perempuan berusia 14 tahun terkorban apabila rumah mereka roboh, selain seorang wanita berusia 25 tahun.

Seorang lelaki turut hilang di San Marcial Ozolotepec, pekan sama di mana kanakkanak maut, jelas beliau.

“Keluargany­a melaporkan mangsa hilang semasa ribut,” kata beliau.

Beatriz sekarang masih berada di kawasan bertekanan rendah, menurut Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat (AS), namun masih menimbulka­n banjir kilat yang berbahaya di Oaxaca sebelum reda, dijangka semalaman.

Se s i pe r s e k o l a h a n dibatalkan di 13,000 sekolah di seluruh negara, menurut pihak berkuasa.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, tiga ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan wartawan Maximino Rodriguez, menurut pihak berkuasa, selepas kritikan mengenai kurangnya tindakan selepas gelombang pembunuhan wartawan.

Rodriguez, 71, seorang wartawan jenayah veteran, ditembak mati di jalan raya pada 14 April di La Paz, ibu negeri utara Baja California Sur.

Dia merupakan wartawan keempat terbunuh di Mexico pada tahun ini, satu angka yang meningkat kepada lima orang pada 15 Mei dengan pembunuhan Javier Valdez, wartawan yang membuat liputan mengenai pengedaran dadah di wilayah Sinaloa.

Selepas pembunuhan Valdez, Presiden Enrique Pena Nieto berikrar akan memburu mereka yang bertanggun­gjawab atas epidemik pembunuhan wartawan namun 90 peratus kes menyaksika­n suspek terlepas daripada hukuman di Mexico.

Aktivis menyatakan bahawa sejak 2000, 105 wartawan telah dibunuh di Mexico manakala 23 lagi masih hilang.

Suspek pembunuh Rodriguez ditangkap pada Selasa lepas sebagai sebahagian daripada siasatan yang dilakukan pihak berkuasa negeri dan unit khas persekutua­n yang ditubuhkan untuk menyiasat pembunuhan wartawan, menurut kenyataan yang dikeluarka­n pada Khamis.

Siasatan menunjukka­n pembunuhan berkaitan secara langsung dengan kerjaya Rodriguez, menurut pejabat pendakwa raya negeri.

Laporan media Mexico menyatakan lelaki yang ditangkap adalah suspek pembunuh upahan kartel dadah.

Kumpulan pemerhati Reporters Without Borders meletakkan Mexico sebagai negara ketiga paling berbahaya di dunia bagi wartawan, selepas Syria dan Afghanista­n.

Aktivis hak asasi bukan sahaja mempersala­hkan kartel dadah paling kejam di negara ini, malah pegawai kerajaan korup yang dikatakan bersekongk­ol secara rahsia dalam pengedaran dadah serta pembunuh upahan yang disenaraik­an. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TURUN PADANG: Beberapa pegawai kerajaan melawat kawasan yang ditenggela­mi air susulan kemaraan Beatriz di Juchitan, negeri Oaxa kelmarin.
— Gambar Reuters TURUN PADANG: Beberapa pegawai kerajaan melawat kawasan yang ditenggela­mi air susulan kemaraan Beatriz di Juchitan, negeri Oaxa kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia