Utusan Borneo (Sarawak)

Curi cincin mangsa bunuh, lelaki gelandanga­n ditahan

-

LOS ANGELES: Seorang lelaki gelandanga­n ditangkap kelmarin kerana disyaki mencuri cincin perkahwina­n dan beg sandang milik salah seorang daripada dua lelaki yang mati ditikam di dalam kereta api komuter di Oregon minggu lepas.

George Tschaggeny, 51, memakai cincin perkahwina­n milik veteran tentera Ricky Best ketika ditangkap di bawah jejambat di Portland, menurut jurucakap polis Pete Simpson.

Beliau berkata, detektif turut menemui beg sandang milik Best, yang turut dicuri, namun dompetnya hilang.

Best, 53, dan Taliesin Myrddin Namkai- Meche, 23, mati ditikam pada 26 Mei ketika campur tangan untuk menghalang seorang lelaki yang mengeluark­an katakata penghinaan anti-Islam dan perkauman terhadap dua gadis, seorang daripadany­a bertudung.

Seorang lelaki lain di dalam kereta api komuter turut ditikam namun terselamat.

Jeremy Joseph Christian, 35, telah ditangkap dan didakwa dalam kejadian yang telah menarik perhatian antarabang­sa.

Khamis lepas pihak polis telah merayu kepada orang awam bagi bantuan dalam mencari seorang lelaki yang telah dirakamkan gambarnya dalam video pengawasan meninggalk­an kereta api selepas kejadian itu sambil memegang beg sandang Best.

Tschaggeny berdepan tuduhan mencuri peringkat kedua, selain bukti fizikal dan salah laku peringkat kedua terhadap mayat.

Dia akan didakwa pada Isnin depan.

“Berdasarka­n siasatan, para detektif percaya Tschaggeny menarik keluar cincin Best dari jari mangsa selepas serangan itu,” menurut Simpson. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DITANGKAP: Tschaggeny dalam gambar reman serahan Biro Polis Portland kelmarin.
— Gambar Reuters DITANGKAP: Tschaggeny dalam gambar reman serahan Biro Polis Portland kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia