Utusan Borneo (Sarawak)

Sengketa dua kumpulan samseng di Nigeria, 14 mati

-

WARRI: Beberapa anggota dua kumpulan bermusuhan bersengket­a di selatan Nigeria awal kelmarin dalam keganasan yang menyebabka­n sekurang- kurangnya 14 terkorban, menurut ketua komuniti.

Pertempura­n di antara kumpulan Icelanders dan Greenlande­rs berlaku di Sime, komuniti di daerah Tai di Rivers State, sejauh 25 minit pemanduan dari Port Harcourt, hab wilayah pengeluara­n minyak di Nigeria.

“Sa y a me n g e c a m pembunuhan 14 orang setakat ini akibat insiden tersebut.

“Padaawalmi­ngguterseb­ut, dua turut terkorban,” kata Bob Uelor Nkue, gabenor kerajaan tempatan Tao.

Om o n i Nn a m d i , jurucakap polis Rivers State, mengesahka­n persengket­aan itu namun menolak untuk memberikan maklumat lanjut.

“Saya masih menunggu laporan mengenai insiden tersebut,” jelas beliau.

Jacobson Nbina, ahli politik dari Parti Demokratik Rakyat (PDP), menyatakan: “Saya memaklumka­n anda mengenai 20 belia PDP dalam komuniti saya, Sime, telah dibunuh dengan kejam dan beberapa orang lagi dibawa pergi hidup-hidup ketika penyerang bersenjata tidak dikenali menceroboh­i komuniti saya.”

Kumpulan sebegitu, dikenali sebagai ‘kultus’ di Nigeria, bermula sebagai pertubuhan universiti beberapa dekad lepas sebelum bertukar menjadi beberapa kumpulan bersenjata yang berkuasa yang kini berleluasa di jalanan dalam wilayah yang melarat.

Mereka sering bekerjasam­a dengan parti- parti politik yang mengupah mereka sebagai perlindung­an, dan untuk menakutkan musuh mereka.

Seorang calon parti pemerintah Nigeria All Progressiv­es Congress (APC) telah menewaskan calon PDP untuk kerusi Senat yang dipertandi­ngkan dengan sengit pada Disember tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia