Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 rumah di Penaga rosak akibat ribut

-

KEPALA BATAS: Lebih 100 buah rumah di kawasan Penaga di sini, mengalami kerosakan selepas dilanda ribut awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang bersiap untuk bersahur sebelum hujan lebat disusuli dengan ribut hingga menyebabka­n bumbung kebanyakan rumah diterbangk­an angin kuat.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad yang meninjau kawasan terlibat menasihatk­an semua mangsa ribut agar membuat laporan polis bagi memudahkan proses memberi bantuan.

Katanya, pihaknya bersama beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n ( ICU) Jabatan Perdana Menteri akan meneliti tahap kerosakan rumah

mangsa terlibat bagi memberi bantuan segera kepada mereka.

“Setakat ini saya difahamkan sebanyak 100 buah rumah di 12 kawasan dan kampung di Penaga antaranya Taman Penaga, Bakar Kapur, Kuala Muda, Kampung Pasir Gebu dan Permatang Rawa mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Seorang penduduk, Jalina Hassan, 47, berkata detik cemas itu berlaku ketika dia sedang menyediaka­n makanan untuk suami dan dua anaknya sebelum terdengar bunyi angin kuat dan hujan lebat.

Beliau yang tinggal di Taman Penaga berkata dia terdengar bunyi dentuman kuat dan dalam masa yang sama bumbung bahagian hadapan dan ruang tamu rumahnya diterbangk­an angin.

Seorang lagi penduduk, Mohd Shukri Muin, 45, berkata kejadian ribut itu menyebabka­n sebahagian besar rumahnya rosak teruk terutama di bahagian dapur dan dua bilik tidur di rumahnya di Kampung Tepi Laut, Bakar Bata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia