Utusan Borneo (Sarawak)

PENGORBANA­N SENTIASA DIHARGAI

- BERITA DI MUKA

Program Sumbangsih Kuih Raya tidak harus dianggap sekadar acara sempena perayaan.

KUCHING: Program Sumbangsih Kuih Raya kepada anggota keselamata­n daripada kerajaan negeri tidak harus hanya dianggap acara tahunan sempena perayaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata, anggota keselamata­n sebaliknya tahu bahawa jasa bakti mereka yang bertugas semasa perayaan sentiasa diingati kerajaan negeri dan rakyat Sarawak.

“Program ini adalah satu pendekatan untuk memberi pengiktira­fan kepada kita yang amat dihargai oleh kerajaan negeri dan rakyat Sarawak.

“Sehubungan itu jangan menganggap sumbangsih ini hanya acara tahunan sempena perayaan,” katanya ketika berucap mewakili agensi penguatkua­saan yang menerima Sumbangsih Kuih Raya 2017 di Kompleks APMM di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dan dihadiri Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga, Wanita dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Fatimah Abdullah di Kompleks APMM di sini, semalam.

Selain anggota JBPM, antara agensi yang menerima sumbangan yang dihadiri isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang itu adalah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, APMM dan Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM) Sarawak.

Sementara itu Fatimah dalam ucapannya berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaa­n kerajaan negeri dan rakyat Sarawak terhadap peranan dan pengorbana­n anggota keselamata­n serta penguatkua­saan yang bertugas.

“Sebanyak lapan agensi yang terdiri daripada pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan menerima sumbangan kuih raya pada tahun ini dengan jumlah keseluruha­n sumbangan 7,400 bungkus kuih raya.

“Sementara pada tahun ini penyediaan kuih dan biskut raya melibatkan tujuh pertubuhan wanita,” kata beliau.

Sumbangan pada tahun ini menyaksika­n sebanyak 950 bungkus diserahkan kepada APMM, Jabatan Kastam (300), JPBM (800) dan JIM Sarawak (300).

Hadir sama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Pengarah Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia