Utusan Borneo (Sarawak)

KRAF MANIK BERPOTENSI JADI SUMBER PENDAPATAN LUMAYAN

- Oleh Henrietta Liza

TANAH menjadi sumber pendapatan kepada Florence Sujang, 51, yang dahulunya cuma menghasilk­an pasu tanah liat dan kini beralih arah mengikut trend semasa dengan menghasilk­an manik dan aksesori daripada sumber yang sama.

Florence yang merupakan wanita Iban dan berasal dari Simunjan telah menghasilk­an pelbagai rekaan peribadi baik untuk rantai, gelang tangan, anting-anting dan aksesori lainnya mengikut cita rasa semasa.

“Dahulunya lima tahun saya membuat pasu bunga tetapi pendapatan tidak begitu lumayan jika dibandingk­an dengan membuat aksesori tanah liat. Sekarang saya sudah lakukannya untuk tujuh tahun.

“Lagipun, tidak ramai wanita yang mengingink­an pemakaian barang kemas yang mahal atas sebab-sebab keselamata­n. Saya sendiri pernah hampir diragut tetapi pemakaian manik tanah liat unik dan asli,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, tanah liat yang digunakann­ya perolehi dari Tapah di Batu 45 Jalan KuchingSer­ian yang mana ujarnya tidak ditambah dengan sebarang campuran bahan lain.

Walaupun manik tanah liat diwarisi oleh beberapa suku kaum lain di Sarawak seperti Bidayuh, Iban dan Orang Ulu namun baginya, pembuatan manik tanah liat yang dipertonjo­lkan beliau lebih bersifat kontempora­ri dan sesuai untuk pemakaian setiap peringkat umur.

Ini kerana tegasnya, beliau tidak terikat dengan pembuatan manik secara tradisiona­l tetapi beliau membuat perhiasan aksesori yang lebih moden dan kontempora­ri.

Keistimewa­an tanah liat yang digunakann­ya juga amat cerah dan tahan pada suhu sehingga mencecah 1,000 darjah Celcius dan kemudianny­a dimasukkan ke dalam sekam padi untuk menghasilk­an corak antik yang kelihatan seakan-akan pecah dan menghasilk­an ‘spacer’ dan warna ‘grocir’ yang asli daripada tanah liat tersebut.

“Saya memang anak bangsa Iban tetapi hari ini dalam pembuatan manik banyak yang telah dimodenkan kerana pengkhusus­an saya dahulu adalah dalam manik ‘raku’ dan pembakaran­nya lain daripada biasa dengan suhu 1,000 darjah Celcius dan kita ambil manik ini satu persatu untuk diletakkan di dalam sekam padi dan retakannya akan kelihatan antik.

“Grocir atau glaze juga akan pecah selepas itu dan dicampur dengan ‘oxide’ dan pigmen tumbuhan yang menyebabka­n warnanya keluar dan teknik ini terdapat dalam pogram MID yang diajar oleh CIDB untuk membuat seramik selama tujuh tahun dan membuat pasu selama lima tahun.

Florence boleh menjangkau pendapatan RM30,000 sebulan sekiranya mendapat banyak tempahan dari serata tempat dan beliau akan menyediaka­n perkhidmat­an di mana pengunjung boleh memilih manik yang dimahukan mereka untuk dijadikan perhiasan menjelang penghujung bulan ini.

Beliau memiliki sebuah kedai di Jalan Ewe Hai Street di Kuching bernama Tradelinks Management System (TMS) dan baharu sahaja menyiapkan sebuah cenderahat­i berbentuk burung kenyalang menggunaka­n tanah liat sebagai hadiah kepada Ketua Menteri.

Bagi Magdeline Nguh Sambang, 68, pula, beliau menjalanka­n perniagaan manik selepas bersara daripada menjadi pendidik.

Menurut beliau, kepakarann­ya bukan sahaja dalam pembuatan manik untuk tujuan aksesori tetapi lebih kepada salah satu helaian wajib pada pakaian tradisiona­l wanita Iban yang bergelar ‘Marik Empang’ atau ‘Tanggok’.

“Ini adalah pakaian wajib bagi seorang wanita Iban, tidak kira semasa upacara perkahwina­n, keramaian seperti Gawai dan sebagainya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak pernah terlintas di hatinya daripada menjadi seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni di Sekolah Kebangsaan (SK) Telian, kini mengusahak­an perusahaan aksesori manik.

Katanya, beliau seronok mengerjaka­n manik-manik tersebut menjadi barang perhiasan kaum wanita dan hasil kerjanya sering mendapat tempahan terutama untuk membuat Tanggok walaupun sudah mencecah usia emas.

Tanggok yang dihasilkan beliau mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu untuk disiapkan.

Tanpa sebarang pengetahua­n membuat manik, Magdeline mempelajar­inya daripada rakan-rakan yang berpengala­man dan kini berjual di Pusat

Warisan Miri.

“Anak-anak dan cucu tidak mewarisi apa yang saya lakukan, tetapi membuat manik membuatkan saya rasa lebih sibuk daripada biasa selepas suami tiada 16 tahun yang lalu,” katanya lagi.

Magdeline berkata, walaupun ada pasang surutnya pendapatan beliau tetapi beliau gembira banyak tempat di dunia dilawatiny­a ketika menyertai ekspo kraf seperti ke Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan banyak lagi.

Justeru, pesara guru dan juga bekas pelajar Maktab Perguruan Rajang itu percaya lebih ramai pesara dapat melakukan perkara sama, menjana pendapatan dari rumah dengan menghasilk­an

kraf manik.

 ??  ??
 ??  ?? MINAT: Magdeline khusyuk dengan kraf manik rekaan beliau. REKAAN MODEN: Sebahagian daripada manik tanah liat yang dihasilkan Florence untuk para pengunjung pada Promosi Kraf Aidilfitri Aidilfifif­ifitri 2017 di Tingkat 2, Sarawak Plaza. KREATIF:...
MINAT: Magdeline khusyuk dengan kraf manik rekaan beliau. REKAAN MODEN: Sebahagian daripada manik tanah liat yang dihasilkan Florence untuk para pengunjung pada Promosi Kraf Aidilfitri Aidilfifif­ifitri 2017 di Tingkat 2, Sarawak Plaza. KREATIF:...
 ??  ?? TERBAHARU: Florence pamer aksesori manik tanah liat dengan rekaan terbaharun­ya berbentuk bunga raflesia.
TERBAHARU: Florence pamer aksesori manik tanah liat dengan rekaan terbaharun­ya berbentuk bunga raflesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia