Utusan Borneo (Sarawak)

ZON SELATAN PILIH ATLET BULAN DEPAN

Persatuan sukan juga perlu kemukakan cadangan bajet kepada Pejabat Residen Kuching pada 3 Julai

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kesemua kelab dan persatuan sukan di Zon Selatan (Kuching, Samarahan, Serian) yang terlibat dalam 14 acara sukan dipertandi­ngkan pada temasya Sukan Sarawak (SukSar) 2017 perlu mengadakan pemilihan atlet pada Julai depan.

Residen Bahagian Kuching, Shukarmin Chasemon berkata kelab dan persatuan sukan terlibat juga perlu mengemukak­an senarai atlet dan cadangan bajet kepada penganjur, Pejabat Residen Kuching pada 3 Julai depan.

“Semua pemilihan atlet bagi Zon Selatan akan dibuat pada Julai depan dan penganjura­n pra SukSar diadakan pada 26 dan 27 Ogos.

“Ini termasuk pemilihan bagi atlet OKU yang akan diadakan pada 11 dan 12 Julai.

“Sehubungan itu, kita menyeru mana-mana atlet termasuk mereka yang belum pernah bertanding datang mencuba nasib menyertai sesi pemilihan,” katanya pada sidang media semalam.

Jelasnya, tarikh dan venue bagi sesi pemilihan akan dimaklumka­n dalam masa terdekat.

Menurut Shukarmin, pemilihan bagi atlet sepak takraw wanita akan diadakan di Kompleks Stadium Mini Serian, manakala acara bola baling akan diadakan di Dewan Futsal UNIMAS pada 29 dan 30 Ogos depan.

Tambahnya, hanya peserta berusia dalam lingkungan 15 hingga 19 tahun layak mencuba nasib pada pemilihan itu sambil menambah mereka yang terpilih akan menyertai latihan berpusat pada September depan.

“Objektif utama program ini untuk mencungkil bakat- bakat baharu yang berpotensi mewakili Sarawak pada SUKMA 2018.

“Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjuarai SUKMA 2018 selain menjadikan Sarawak kuasa sukan di Malaysia,” katanya lagi.

SukSar 2017 akan mem- pertanding­kan 14 acara bagi atlet normal iaitu angkat berat, badminton, berbasikal, bola baling, boling padang, judo, karate, me- manah, muaythai, olahraga, petanque, ragbi tujuh sebelah, renang dan sepak takraw wanita.

Selain itu, empat acara turut dipertandi­ngkan bagi atlet OKU iaitu memanah, olahraga, angkat berat dan renang.

Temasya yang akan berlangsun­g pada 14 hingga 17 Disember di Kuching akan disertai seramai 1,872 atlet dan pegawai dari empat zon, utara, tengah, barat dan selatan.

Zon utara diwakili Limbang, Miri, Bintulu manakala Kapit, Sibu dan Mukah mewakili zon tengah dan Sarikei, Betong dan Sri Aman bagi zon barat.

Semua pemilihan atlet bagi Zon Selatan akan dibuat pada Julai depan dan penganjura­n pra SukSar diadakan pada 26 dan 27 Ogos. Ini termasuk pemilihan bagi atlet OKU yang akan diadakan pada 11 dan 12 Julai. Shukarmin Chasemon Residen Bahagian Kuching

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Shukarmin (lima kiri) bersama wakil dari zon Samarahan, Serian dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) selepas sidang media semalam.
SIDANG MEDIA: Shukarmin (lima kiri) bersama wakil dari zon Samarahan, Serian dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) selepas sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia