Utusan Borneo (Sarawak)

Jenayah tidak mengira musim

-

KUCHING: Kegiatan jenayah tidak akan terhenti seketika walaupun semasa musim perayaan, sebaliknya akan semakin berlaku jika tidak dipantau dan dikawal.

Justeru, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata adalah penting untuk agensi keselamata­n dan penguatkua­saan terus bertugas tanpa mengira waktu.

Sehubungan itu, katanya agensi- agensi keselamata­n dan penguatkua­saan telah ditetapkan untuk 80 peratus bekerja dan 20 peratus bercuti pada Hari Raya Aid- ilfitri ini untuk memastikan kawalan keselamata­n terus terjamin.

“Tidak bermakna semasa bulan puasa atau perayaan, penjenayah akan ‘ colop’ tetapi jenayah seperti curi, dadah, pelacuran dan sebagainya akan terus berlaku.

“Untuk itu, ramai anggota keselamata­n dan penguatkua­saan kita tidak dapat diberikan cuti terutama pada musim perayaan untuk memastikan keselamata­n dan keamanan dapat terus dinikmati rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya 2017 kepada Jabatan Penjara dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Pejabat Pengarah Penjara Sarawak di Jalan Puncak Borneo dekat sini, semalam.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden, Pengarah Penjara Sarawak Ajidin Salleh, Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Sementara sempena majlis, Fatimah telah mengagihka­n kuih dan biskut raya sebanyak 300 bungkus kepada Jabatan Penjara dan 150 bungkus kepada JPJ untuk diberikan kepada anggota- anggota yang bertugas pada Aidilfitri nanti.

Katanya, sumbangan tersebut adalah sebagai tanda penghargaa­n kerajaan negeri dan rakyat Sarawak terhadap peranan dan pengorbana­n anggota keselamata­n dan penguatkua­saan dalam memikul amanah tanpa mengira masa untuk bekerja.

“Faktor keselamata­n amat penting bagi kita dan sebab itu, adalah wajar untuk kita menghargai pengorbana­n anggota keselamata­n dan penguatkua­saan yang telah membolehka­n kita hidup dalam keadaan selamat dan aman,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia