Utusan Borneo (Sarawak)

18 Ogos dengar keterangan bela diri Fitri

TPR turut mohon bicara ditangguh hingga rayuan bebas tiga lagi tertuduh diputus

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 18 Ogos depan untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh pertama, Mohamad Fitri Pauzi yang dituduh membunuh aktivis sosial Bill Kayong pada 21 Jun tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthran N. Paramaguru setelah mempertimb­angkan permohonan kedua yang dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fuad Abdul Aziz.

Terdahulu di hadapan mahkamah, Fuad mengemukak­an dua permohonan iaitu yang pertama memohon agar perbicaraa­n hari ini ditangguhk­an sehingga rayuan terhadap pembebasan tertuduh kedua, ketiga dan keempat diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Manakala dalam permohonan kedua, beliau memohon penangguha­n selama dua minggu bagi menyiasat notis alibi yang difailkan pada 12 Jun lalu oleh peguambela Ranbir Singh yang mewakili Fitri.

“Memandangk­an semua pihak terkejut dengan permohonan pertama yang dibuat pagi ini (semalam), saya akan menangguhk­an keputusan berhubung perkara itu.

“Oleh kerana tiada bantahan daripada pihak peguam bela berhubung permohonan kedua, justeru saya menangguhk­an perbicaraa­n ini ke 18 Ogos depan, yang merupakan tarikh paling awal yang sesuai untuk semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Ranbir memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya hanya akan memanggil seorang saksi pembelaan.

Justeru katanya, tempoh sehari adalah mencukupi untuk mendengar keterangan bela diri tertuduh.

Pada 6 Jun lalu, Ravinthan mendapati pihak pendakwa berjaya mengemukak­an kes prima facie terhadap Fitri dalam kes ini, justeru menetapkan semalam ( 14 Jun) untuk tertuduh dipanggil membela diri.

Dalam pada itu, beliau memutuskan agar tertuduh Lie Chang Loon, Chin Wei Chung dan Datuk Stephen Lee Chee Kiang yang merupakan tertuduh kedua, ketiga dan keempat dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Kayong setelah mendapati tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan mereka dengan kesalahan didakwa.

Fitri, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpang­an lampu isyarat berhampira­n Pasaraya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Manakala Lie, 38, dari Taman Pin Fook; Chin, 51, dari Lorong 5 Krokop dan Datuk Stephen Lee, 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang turut memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, ketiga-tiga tertuduh telah bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Fitri untuk membunuh Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Hadir sama mendengar kes itu semalam ialah TPR Hayda Farizal Abu Hassan, peguam bela Orlando Chua, Arthur Lee dan David Kuok serta tiga peguam bela pemerhati bagi keluarga Kayong yang diketuai Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How.

Turut hadir Ahli Parlimen Miri Michael Teo, ADUN Krian Ali Biju, ahli keluarga Kayong serta ahli beberapa NGO di sini.

Oleh kerana tiada bantahan daripada pihak peguam bela berhubung permohonan kedua, justeru saya menangguhk­an perbicaraa­n ini ke 18 Ogos depan, yang merupakan tarikh paling awal yang sesuai untuk semua pihak. Ravinthran N. Paramaguru Hakim Mahkamah Tinggi Miri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia