Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ akan melakukan operasi besar-besaran

Operasi ke atas motosikal dan pengangkut­an awam di negeri ini bermula 18 Jun hingga 2 Julai

- Oleh Nick Fletcher

Kami akan melakukan rondaan dan sekatan jalan raya di kawasan strategik untuk melakukan pemeriksaa­n dan fokus adalah kepada motosikal serta kenderaan pengangkut­an awam supaya mematuhi peraturan di jalan raya dan dalam keadaan selamat khususnya bas, kereta sewa dan teksi. Mohd Syafiq Anas Abdullah Pengarah JPJ Sarawak

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan melakukan operasi besarbesar­an ke atas motosikal dan kenderaan pengangkut­an awam di negeri ini, bermula 18 Jun ini hingga 2 Julai depan.

Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata operasi tersebut adalah untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan dan keselamata­n di jalan raya bagi mengelak kemalangan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Kami akan melakukan rondaan dan sekatan jalan raya di kawasan strategik untuk melakukan pemeriksaa­n dan fokus adalah kepada motosikal serta kenderaan pengangkut­an awam supaya mematuhi peraturan di jalan raya dan dalam keadaan selamat khususnya bas, kereta sewa dan teksi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya 2017 kepada Jabatan Penjara dan JPJ yang disempurna­kan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Fatimah Abdullah di Pejabat Pengarah Penjara Sarawak di Jalan Puncak Borneo dekat sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Penjara Sarawak Ajidin Salleh, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Selain itu, Mohd Syafiq berkata JPJ juga akan melakukan pemeriksaa­n di terminalte­rminal bas ekspres serta operasi penyamaran di mana anggota akan menyamar sebagai penumpang bagi sepanjang perjalanan dari Kuching ke Sibu, Miri, Bintulu dan lokasi lain.

Katanya, bas yang dikesan melakukan kesalahan seperti mengambil dan menurunkan penumpang di jalan raya atau melakukan kesalahan lain akan diambil tindakan serta-merta.

Beliau menambah, JPJ akan turut menjalanka­n operasi bersepadu bersama polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) sepanjang musim perayaan ini untuk mengesan kesalahan lalu lintas dan penyalahgu­naan dadah khususnya ketika memandu.

Pada masa sama, katanya tumpuan turut diberikan terhadap perlanggar­an lampu isyarat di bandar kerana kemalangan kenderaan yang meningkat di Sarawak adalah disebabkan kelajuan dan perlanggar­an lampu isyarat.

“Seluruh operasi ini akan melibatkan lebih 400 anggota penguat kuasa JPJ Sarawak dan oleh sebab itu, sebahagian anggota terpaksa ditangguhk­an cuti untuk terlibat dalam operasi yang dirancang sepanjang tempoh musim perayaan ini iaitu dua minggu sebelum dan selepas raya,” katanya.

 ??  ?? MOHD SYAFIQ
MOHD SYAFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia