Utusan Borneo (Sarawak)

Mesej Ramadan penting untuk rakyat Malaysia

Ramadan menuntut kita bersabar, bertoleran­si, saling bermaafan dan beramal, kata Fatimah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Mesej bulan suci Ramadan adalah penting bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata bagi umat Islam, Ramadan adalah penting bukan sahaja untuk kepentinga­n agama tetapi juga menuntut kita bersabar, bertoleran­si, saling bermaafan dan beramal.

“Dalam masyarakat berbilang kaum, nilai-nilai ini akan membantu kita untuk terus saling hormat-menghormat­i antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kita dalam bangsa dan agama,” katanya ketika berucap sempena pelancaran Sambutan Hari Raya tHe Spring yang bertemakan ‘Meriahnya Kampungku’ di pusat beli-belah tHe Spring

Dalam masyarakat berbilang kaum, nilai-nilai ini akan membantu kita untuk terus saling hormat-menghormat­i antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan kita dalam bangsa dan agama. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

di sini, kelmarin.

Justeru, Fatimah menyeru semua lapisan masyarakat khususnya di Sarawak agar meneruskan amalan meraikan sesebuah perayaan secara bersama dengan saling mengunjung­i rumah keluarga, rakan dan jiran.

“Sememangny­a sudah menjadi tradisi kita untuk mengunjung­i rumah mereka yang meraikan perayaan dan ini akan mengukuhka­n lagi hubungan kekeluarga­an sesama kita,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar tHe Spring Christine Ling berkata Sambutan Hari Raya tHe Spring adalah untuk berkongsi pengalaman meraikan Hari Raya di kampung kepada orang ramai.

“Kami mengalu- alukan orang ramai datang ke ‘kampung kecil’ kami ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk bergambar dengan dekorasi yang disediakan seperti rumah kampung dan vespa,” katanya.

Sempena majlis, tHe Spring turut menjemput seramai 150 kanak-kanak daripada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak ( PERYATIM) untuk berbuka puasa.

 ??  ?? BERAYA DI KAMPUNG: Fatimah (berdiri, tengah) bersama Christine (berdiri, dua kanan) dan yang lain merakam kenangan sempena pelancaran Sambutan Hari Raya tHe Spring - ‘Meriahnya Kampungku’ di tHe Spring, Kuching, kelmarin.
BERAYA DI KAMPUNG: Fatimah (berdiri, tengah) bersama Christine (berdiri, dua kanan) dan yang lain merakam kenangan sempena pelancaran Sambutan Hari Raya tHe Spring - ‘Meriahnya Kampungku’ di tHe Spring, Kuching, kelmarin.
 ??  ?? SOLAT: Abang Johari diiringi Asfia (dua kanan) dan Julaihi (kanan) menunaikan solat di surau DUN di Kuching selepas berbuka puasa bersama badan beruniform di Kompleks DUN, malam kelmarin.
SOLAT: Abang Johari diiringi Asfia (dua kanan) dan Julaihi (kanan) menunaikan solat di surau DUN di Kuching selepas berbuka puasa bersama badan beruniform di Kompleks DUN, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia