Utusan Borneo (Sarawak)

Magnet Nyamuk berkesan kurangkan kes denggi

Projek Magnet Nyamuk akan dilaksanak­an di lima sekolah kurangkan kes demam denggi di bandar Sibu

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Projek Magnet Nyamuk akan dilaksana di lima sekolah bulan depan dalam usaha membantu mengurangk­an kes demam denggi di bandar ini.

Projek oleh Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu itu melibatkan kos RM8,500 bagi satu mesin Magnet Nyamuk.

Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong berkata, lima sekolah terbabit ialah SK Rantau Panjang, SMK Sacred Heart, SK Sacred Heart, SJK (C) Taman Rajang dan SK Bandaran Sibu No.2.

“Mesin ini akan dipasang di sekolah terlibat dalam minggu pertama bulan Julai, seterusnya kami akan menulis kepada sekolah lain dan taman komuniti sama ada berminat untuk turut serta dalam projek ini,” ujarnya.

Menurut Wong, sebagai permulaan LPK UPP Sibu akan bermula dengan lima mesin dan sekiranya men-

Mesin ini akan dipasang di sekolah terlibat dalam minggu pertama bulan Julai, seterusnya kami akan menulis kepada sekolah lain dan taman komuniti sama ada berminat untuk turut serta

ini. ” dalam projek Datuk Andrew Wong Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti UPP

dapat kerjasama, mesin akan dipasang di sekolah lain dan taman komuniti di sini.

“Projek ini akan dibiayai sepenuhnya oleh LPK UPP Sibu,” jelasnya sambil menambah, pihak lembaga berusaha sedaya upaya mencari alternatif bagi mengurangk­an kes demam denggi di bandar ini.

Beliau juga memberitah­u, berdasarka­n keputusan projek perintis dijalankan sebelum ini, Magnet Nyamuk ini amat berkesan dalam mengurangk­an kes denggi.

“Seperti yang kita tahu, aktiviti semburan asap hanya berkesan untuk tempoh masa tertentu tetapi Magnet Nyamuk ini untuk tempoh masa berterusan.

“Diharap projek ini akan membantu usaha kerajaan mengurangk­an kes demam denggi di Sibu,” ujar Wong.

Projek Magnet Nyamuk ini menggunaka­n peranti teknologi Amerika Syarikat yang berfungsi meliputi kawasan seluas satu ekar dan beroperasi tanpa halangan di bawah semua jenis cuaca, tujuh hari seminggu.

Ia mengeluar aliran karbon dioksida yang konsisten dan tidak berbau, selain kehangatan dan kelembapan mengisi udara untuk menarik perhatian nyamuk.

Menggunaka­n teknologi sistem songsang, sistem sedutan yang amat berkesan dan berkuasa dapat menyedut nyamuk ke dalam jaring, di mana nyamuk yang terperangk­ap akan mati dehidrasi dalam tempoh 24 jam.

 ??  ?? NGILING BIDAI: Jamit (dua kanan) memotong reben perasmian Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2017 Rumah Jawang, Kampung Yati Jaya, baru-baru ini.
NGILING BIDAI: Jamit (dua kanan) memotong reben perasmian Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2017 Rumah Jawang, Kampung Yati Jaya, baru-baru ini.
 ??  ?? ANDREW WONG
ANDREW WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia