Utusan Borneo (Sarawak)

Jefferson gesa penduduk Kapit beri sokongan mantap, padu kepada BN

-

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat menggesa penduduk di Kapit supaya sentiasa bersatu dan memberi sokongan mantap kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi pembanguna­n berterusan.

Beliau berkata, sokongan berkenaan penting kerana penduduk Kapit masih memerlukan pembanguna­n yang dapat membantu meningkatk­an taraf kehidupan masing-masing.

“Kapit memerlukan lebih banyak pembiayaan kerajaan untuk melaksanak­an pelbagai projek infastrukt­ur dan projek pembanguna­n rakyat untuk meningkat taraf hidup penduduk di bahagian ini,” ujarnya.

Jamit berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2017 di Rumah Jawang Kilat, Kampung Yati Jaya, Jalan Bukit Goram, baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan sentiasa komited terhadap keperluan rakyat menerusi projek pembanguna­n rakyat seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), bekalan air bersih, geran projek kecil luar bandar (MRP) dan projek tanaman secara komersial seperti getah, kelapa sawit dan sebagainya.

Katanya, selain itu kita sebagai wakil rakyat harus sentiasa turun padang mendengar masalah dan keperluan rakyat.

“Ini penting supaya kita lebih rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi seterusnya berusaha mendapatka­n peruntukan untuk melaksanak­an sesebuah projek atau program untuk manfaat rakyat,” katanya.

Jamit berkata, bahagian Kapit kini mempunyai pasukan BN dinamik diketuai Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

“Pasukan itu turut disertai ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan saya sendiri serta dua Setiausaha Politik Ketua Menteri Nicholas Kudi Jantai dan Tapah Ata berjuang dan bekerja keras demi rakyat,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Jamit mengumumka­n peruntukan sebanyak RM52,000 di bawah Program Bantuan Rakyat kepada 52 keluarga di Kampung Yati Jaya.

Selain itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM3,000 kepada Biro Wanita Kampung Yati Jaya.

Turut hadir Timbalan Residen Kapit Galong Luang, Pegawai Belia dan Sukan Kapit Jack Janda Pioh, Pemanca Enggi Nyipa, Penghulu Madang Jelani dan Penghulu Steward Sawing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia