Utusan Borneo (Sarawak)

DAP akan umum calon PRK Pujut esok

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak akan mengumumka­n calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut di sini Jumaat ini (esok), kata Pengerusin­ya Chong Chieng Jen.

Beliau berkata memandangk­an Selasa depan (20 Jun) adalah hari penamaan calon, maka amat bersesuaia­n DAP Sarawak mengumumka­n calon lebih awal.

“Kami akan mengumumka­n calon bagi PRK Pujut di sini Jumaat nanti dan calon dipilih ini adalah individu tempatan yang memenuhi kriteria DAP,” katanya pada sidang media di Miri semalam.

PRK Pujut diadakan susulan kekosongan kerusi itu selepas keanggotaa­n wakil rakyatnya Dr Ting Tiong Choon daripada DAP dilucutkan oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengumumka­n PRK Pujut akan diadakan pada 4 Julai depan dengan hari penamaan calon pada 20 di Dewan Suarah Miri.

Dalam perkembang­an sama, DAP Sarawak turut menyelar tindakan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) memulakan kempen sebelum pilihan raya.

“Kedua-dua parti ini memulakan kempen dengan berjumpa rakyat, bagaimana perkara ini boleh dibenar sebelum hari penamaan calon dan ia secara terang-terangan melanggar peraturan pilihan raya,” katanya.

“Kedua-dua parti SUPP dan UPP perlu menghormat­i perat- uran pilihan raya, bahkan tidak boleh menjalanka­n sebarang aktiviti kempen sebelum hari penamaan calon,” jelasnya.

DAP katanya, tidak akan menggunaka­n taktik kotor berkenaan sebaliknya yakin pengundi Pujut tidak akan terpengaru­h dengan kempen SUPP dan UPP.

Chong semalam turut menunjukka­n keratan akhbar berbahasa Cina yang menunjukka­n kedua-dua parti itu masing- masing berkempen mendekati pengundi.

Kedua- dua parti itu mendekati pengundi di kedaikedai makan dan menaikkan banting di pokok-pokok untuk meraih sokongan awal pengundi Pujut.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Sarawak Alan Ling.

 ??  ?? MELANGGAR PERATURAN: Chong (dua kiri) menunjukka­n keratan akhbar yang menyaksika­n parti komponen BN memulakan kempen mendekati pengundi di DUN Pujut.
MELANGGAR PERATURAN: Chong (dua kiri) menunjukka­n keratan akhbar yang menyaksika­n parti komponen BN memulakan kempen mendekati pengundi di DUN Pujut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia