Utusan Borneo (Sarawak)

Dua calon SUPP temui SEB bincang masalah elektrik rumah panjang

-

SIBU: Calon berpotensi SUPP untuk kerusi Parlimen Lanang, Kelvin Kong dan Joseph Chieng mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan Sarawak Energy Berhad (SEB) Sibu bagi membincang­kan masalah bekalan elektrik baru-baru ini.

Kong berkata pertemuan itu diadakan bagi mendapatka­n gambaran lebih jelas mengenai isu berkenaan yang dibangkitk­an beberapa pemimpin rumah panjang semasa lawatan mereka sempena Hari Gawai Dayak awal bulan ini.

Ujarnya, rumah panjang terlibat terletak di kawasan Dudong, iaitu Rumah Jackson Sibat, Rumah Anthony Janggu, Rumah Mai Sigai, Rumah Dumin Bakak, Rumah Sain Mani dan Rumah Kompeni.

“Dalam pertemuan itu kami telah diberi taklimat khas oleh Pengurus Kanan (Projek dan Perancanga­n) Law Hui Lee mengenai bekalan elektrik di kawasan yang terlibat,” katanya.

Turut hadir Jurutera Perancanga­n SEB Sibu Mohamad Idhwan Apendi.

Kong menambah, Law juga menasihati orang ramai yang menghadapi kekangan kewangan mendapatka­n bekalan elektrik supaya mengisi untuk Skim Elektrik Luar Bandar (RES) di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kong menjelaska­n bahawa Pengerusi SUPP Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck telah menulis surat kepada Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar Dato Sri Dr Stephen Rundi mengenai isu bekalan elektrik berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa SUPP akan meneruskan usaha mengambil tindakan yang perlu untuk membantu rumah panjang yang terlibat untuk menyelesai­kan keperluan asas mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia