Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan Nazri boleh jejas perpaduan rakyat

Penggalak 1M’sia buat laporan polis terhadap Nazri kerana keluar pendapat berbaur hasutan

-

KUCHING: Penggalak konsep 1Malaysia membuat laporan polis terhadap Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana bukan sahaja mencetuska­n perasaan sakit hati di kalangan rakyat tetapi mengeluark­an pendapat berbaur hasutan mengenai Cukai Pelanconga­n yang kontrovers­i.

Sehubungan itu, Dr Eli Luhat menyeru polis menjalanka­n siasatan terhadap Nazri susulan kenyataan biadap terhadap Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menghujahk­an undang-undang terbaharu itu yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai.

Katanya, beliau turut menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menegur Nazri serta menyingkir­kannya daripada kabinet persekutua­n sertamerta, selain menggesa semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia mengutuk Nazri dan membuat laporan polis kerana menghasut serta membangkit­kan rasa sakit hati di kalangan rakyat.

Banyak bukti terhadap tindakan atau reaksi Nazri terhadap Abdul Karim boleh didapati dalam berita dan komen dalam blog, media cetak dan media sosial, ka- tanya.

“Saya memulakan laporan polis kerana ia melibatkan Perdana Menteri dan diri saya selaku penggalak konsep 1Malaysia di Sarawak, berasakan Datuk Seri Nazri menjejaska­n usaha- usaha kami selama ini.

“Saya telah membuat seruan kepada Perdana Menteri untuk menegur dan menyingkir­kan beliau ( Nazri) daripada kabinet persekutua­n serta-merta kerana menjejaska­n perpaduan,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post.

Eli menjelaska­n, beliau merupakan penggalak konsep 1Malaysia rasmi selepas menerima restu daripada Najib sendiri, sehingga be- liau diberi penghormat­an untuk membintang­i video khas berhubung Sambutan Kemerdekaa­n Ke-50.

Beliau turut memuji Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan khususnya Abdul Karim kerana tidak mudah melatah meskipun dilempar dengan kata-kata berbaur penghinaan.

“Saya memuji KM dan Abdul Karim kerana kekal tenang meskipun menerima penghinaan daripada Nazri dan beberapa individu lain yang turut menyokongn­ya.

“Mereka ( Abang Johari dan Abdul Karim) amat bermaruah dan Nazri perlu mencontohi sikap dan budaya mereka,” katanya.

Eli turut menjangka ramai NGO akan membuat laporan polis, susulan laporan polisnya dibuat di Balai Polis Sungai Maong pada petang Selasa.

Beliau yang turut diminta pergi ke One Stop Centre untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan memberitah­u, polis memberi jaminan akan meneliti perkara tersebut.

Konflik antara Nazri dan Abdul Karim tercetus apabila Abdul Karim meminta Cukai Pelanconga­n di Sarawak ditangguhk­an.

Abdul Karim turut mendakwa kerajaan persekutua­n tidak berunding dengan negeri sebelum rang undangunda­ng itu diluluskan menjadi undang-undang.

Saya memulakan laporan polis kerana ia melibatkan Perdana Menteri dan diri saya selaku penggalak konsep 1Malaysia di Sarawak, berasakan Datuk Seri Nazri menjejaska­n usaha-usaha kami selama ini. Dr Eli Luhat Penggalak 1Malaysia

 ??  ?? KECAM NAZRI: Eli (kiri) pada sidang media di kediamanny­a di Taman Satria Jaya, semalam.
KECAM NAZRI: Eli (kiri) pada sidang media di kediamanny­a di Taman Satria Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia