Utusan Borneo (Sarawak)

NGO lapor polis terhadap pemilik FB buat kenyataan berbaur hasutan

-

BINTULU: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan dan menghina pemimpin negeri Sarawak yang dilihat mampu mendorong kepada perpecahan dan menggugat keharmonia­n rakyat.

Laporan polis itu dibuat tiga NGO di sini iaitu Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB), Rumpun Silat Sarawak (RSS) Wilayah Bintulu dan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) Cawangan Bintulu di One Stop Centre Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semalam.

Laporan itu dibuat oleh Presiden PAVB Pandi Suhaili, Ismawi Ishak mewakili PMS Cawangan Bintulu dan Ali Mohamad mewakili RSS Wilayah Bintulu serta ahli pertubuhan terbabit. Dalam laporan itu Pandi, Ismawi dan Ali menyatakan lebih kurang jam 7 malam 13 Jun (kelmarin) di lobi sebuah hotel di sini, mereka telah terbaca satu status dalam laman sosial FB menggunaka­n nama akaun Muhammad Azri.

Pemilik akaun dengan jelas menulis dalam kenyataan ber- bunyi ‘Jangan nak sombong sangat Melayu+ Melanau Sarawak cuma ada 28 peratus. Dayak dan Cina 72 peratus tapi Melayu Melanau memerintah kerana kekuatan Melayu di Semenanjun­g.’

Katanya, pemilik akaun itu turut menyebut `Kalau tak faham bahasa juga tak tahulah pemimpin Sarawak ni. Jangan nak tunjuk samseng sangat.’

“Saya berasakan status berkenaan berunsur hasutan dan mampu memecahbel­ahkan keharmonia­n antara rakyat Malaysia dan menghina pemimpin negeri Sarawak.

“Saya bersama Ali dan Is- mawi mewakili PAVB, RSS Wilayah Bintulu dan PMS Cawangan Bintulu datang ke One Stop Centre IPD Bintulu membuat laporan untuk tindakan pihak polis, Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak yang berkaitan,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN POLIS: Pandi (tiga kiri), Ali (empat kanan), Ismawi (tengah) bersama ahli pertubuhan berkaitan yang membuat laporan polis di One Stop Centre IPD Bintulu semalam.
LAPORAN POLIS: Pandi (tiga kiri), Ali (empat kanan), Ismawi (tengah) bersama ahli pertubuhan berkaitan yang membuat laporan polis di One Stop Centre IPD Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia