Utusan Borneo (Sarawak)

NGO Bintulu sokong penuh saranan Karim tangguh Cukai Pelanconga­n

-

BINTULU: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bahagian ini menyokong penuh Menteri Pelanconga­n, Kesenian,Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meminta agar Cukai Pelanconga­n yang akan dikuat kuasa pada 1 Julai depan ditangguh.

Sokongan itu disuarakan Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB), Jepak Cycling Club, Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Jepak Unit 1, Persatuan Melayu Sarawak Bintulu, Perguruan Seni Silat Langkah Pertiwi Sarawak dan Persatuan Sepak Takraw Bintulu (PSTB).

Presiden PAVB Pandi Suhaili mewakili NGO terbabit berkata, pihaknya menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Karim yang meminta kerajaan negeri berbincang terlebih dahulu dengan pusat sebelum pelaksanaa­nnya.

“Pada masa sama, kami berasa terkilan dengan kenyataan menteri pusat berhubung maklum balas kes berkenaan yang agak tidak berbudi bahasa dan tidak menggambar­kan perilaku sebagai menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama NGO terbabit di sini petang kelmarin.

Kenyataan itu turut ditandatan­gani bersama oleh beliau, Latif Upit mewakili SABERKAS Jepak, PSTB, Jepak Cycling Club, Ismawi Ishak mewakili Persatuan Melayu Sarawak Bintulu dan Ashmaidi Nawawi (Perguruan Seni Silat Langkah Pertiwi Sarawak).

Jelasnya, sebagai rakyat negeri tercinta, mereka tidak mahu kerajaan negeri tunduk kepada sebarang bentuk tribulasi murahan dan meneruskan usaha digerak Tok Nan sebelum ini dalam menuntut hak Sarawak yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, harus diingat bahawa Sarawak bukan satu negeri biasa dalam Malaysia tetapi sebuah negara bersama Sabah (North Borneo), Tanah Melayu dan Singapura merupakan empat negara membentuk Gagasan Negara Malaysia.

“Kami menuntut agar pihak persekutua­n menjaga sensitivit­i penduduk peribumi Sarawak dengan cara beriltizam dalam membuat kenyataan, menjaga perbuatan dan keputusan agar tidak menjejaska­n keharmonia­n dan kontrak sosial dipersetuj­ui pengasas negara Malaysia,” jelasnya.

 ??  ?? KENYATAAN MEDIA: Pandi (duduk, kanan) bersama wakil-wakil NGO lain mengeluark­an kenyataan media bersama petang kelmarin.
KENYATAAN MEDIA: Pandi (duduk, kanan) bersama wakil-wakil NGO lain mengeluark­an kenyataan media bersama petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia