Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju pelabuhan paling canggih di ASEAN

-

KUCHING: Pelabuhan Perindustr­ian Samalaju (PPS) adalah pelabuhan yang paling canggih di ASEAN selain memiliki salah satu kemudahan pengendali­an terpantas di negara ini.

Pelabuhan bernilai RM1.8 bilion ini sudah beroperasi sepenuhnya sejak 22 April, sehari selepas ia menerima permit kependuduk­an (OP) daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), dedah Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Beliau berkata buat masa sekarang, setiap daripada empat talian penghantar dapat mengendali­kan 1,000 tan kargo sejam, menjadikan­nya antara pelabuhan pengendali­an terpantas di negara ini.

Tambah beliau, dengan siapnya pelabuhan itu dan permulaan fasa 1 sejak 22 April tahun ini, PPS kini bersedia mengendali­kan jumlah yang lebih tinggi dari segi berat kargo dan kapal yang singgah.

“Ini adalah pelabuhan paling canggih di rantau ASEAN dengan kemudahan moden seperti sistem pengendali­an penghantar.

“Dengan bermulanya operasi sepenuhnya, pelabuhan ini bakal menyumbang pendapatan yang stabil untuk mengembali­kan semula pelaburan yang dibuat dan mengesahka­n pelabuhan baharu ini sebagai penjana nilai tambahan bagi kumpulan ini,” katanya kepada BAT 7 di pejabatnya di sini, kelmarin.

Menurutnya, di bawah Fasa 1, pelabuhan ini dapat mengendali­kan tujuh kapal kargo besar pada satu masa dan menawarkan pengguna kapasiti 18 juta tan setahun.

Beliau menambah, pada masa depan, bergantung kepada keperluan, ia dapat mengendali­kan 14 kapal kargo besar pada satu masa.

Medan berkata pelabuhan ini siap lebih awal daripada jadual dalam bajet yang ditetapkan oleh kerajaan.

PPS merupakan pelabuhan yang dibina dengan tujuan khusus untuk menampung industri yang memerlukan tenaga di Taman Perindustr­ian Samalaju (TPS).

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PPS Matshalleh Mohamed Etli berkata pelabuhan itu sekarang mempunyai 145 kakitangan dan melihat unjuran maksimum 300 anggota tenaga kerja dalam masa terdekat.

Kargo yang dikendalik­an di pelabuhan itu termasuk aluminium, ferosiliko­n, coke/ separa coke, bijih manganese, coke metalurgi, kuartz selika dan karbon anod.

PPS adalah anak syarikat BPHB yang dimiliki bersama oleh kerajaan negeri (26.67 peratus), Petronas ( 28.52 peratus), Equisar Assets Sdn Bhd (13.04 peratus), Kumpulan Wang Persaraan (9.14 peratus) dan awam (22.63 peratus).

BPHB juga memiliki Bintulu Port Sdn Bhd dan Biport Bulkers Sdn Bhd.

 ??  ?? MEDAN
MEDAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia