Utusan Borneo (Sarawak)

Rumpun Silat Sarawak Miri buat laporan polis terhadap Papagomo

-

MIRI: Tindakan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo dengan sengaja memuat naik status Facebook ( FB) berunsur provokasi terhadap rakyat Sarawak membuatkan Rumpun Silat Sarawak Wilayah Miri ( RSSWM) membuat laporan polis.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Miri petang semalam pada kira-kira jam 4.21 petang.

Pengerusin­ya Ismawi Kedri berkata laporan polis dibuat atas sebab status laman sosial FB milik Muhammad Azri mempunyai unsur hasutan terhadap rakyat Sarawak.

“Ini menerusi status beliau pada 12 Jun lepas yang menyatakan ‘Jangan nak sombong sangat Melayu+ Melanau Sarawak cuma ada 28 peratus. Dayak dan Cina 72 peratus tapi Melayu Melanau memer- intah kerana kekuatan Melayu di Semenanjun­g. Kalau tak faham bahasa juga tak tahu lah pemimpin Sarawak ni. Jangan nak tunjuk samseng sangat!.

“Saya mewakili RSSWM berasakan status berkenaan mampu memecahbel­ahkan keharmonia­n antara rakyat Malaysia dan turut menghina pemimpin Sarawak,” katanya dalam laporan itu.

Ismawi menambah, Pa- pagomo dengan sengaja membuat provokasi kepada rakyat Sarawak amnya.

“Saya berharap pihak polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap status beliau itu,” katanya.

Turut hadir menemani Ismawi adalah Timbalan Pengerusi Drahman M. Amin, Setiausaha Fadzil Jamain dan Exco Madon Sulong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia