Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan S’wak berperanan penting perkasa pendidikan

Ia beri pinjaman, biasiswa selain beri penghargaa­n dan galakan melalui penyampaia­n hadiah cemerlang

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Yayasan Sarawak satu- satunya agensi kerajaan berperanan penting memperkasa pembanguna­n pendidikan di negeri ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata Yayasan Sarawak memberi kemudahan pinjaman dan biasiswa selain meningkatk­an kecemerlan­gan pelajar dengan memberi penghargaa­n dan galakan melalui penyampaia­n hadiah cemerlang.

“Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak menyedari betapa pentingnya pendidikan sebagai asas atau pemangkin kepada modal insan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penyampaia­n Hadiah Cemerlang dan Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak di Dewan Bunga Raya di sini semalam.

Turut hadir wakil Residen Limbang Selamat Jati Yanjah, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Jolly Marikan, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Latipah Nayan.

Jelasnya, tidak dinafikan Yayasan Sarawak mempunyai peranan besar dalam memperkasa pendidikan sejak ditubuh pada 1971.

Dr Abdul Rahman berkata lagi, kerajaan sentiasa memberi penekanan dan galakan tinggi kepada pembanguna­n pendidikan teknikal sesuai dengan kerelevana­n pen- didikan dalam bidang kejurutera­an.

Beliau berkata hasrat itu sejajar dengan persaingan dihadapi negara pada masa depan selain memastikan pembanguna­n termasuk kemajuan negeri ini sebagai negeri maju serta berpendapa­tan tinggi tercapai dengan jayanya.

“Hanya melalui pendidikan sahaja kita mampu melahirkan modal insan berkualiti sekali gus bersaing dengan pelbagai pihak dalam era serba mencabar,” katanya.

Pendidikan teknikal katanya, sejajar dengan pembanguna­n Koridor Tenaga Diperba- harui Sarawak (SCORE) yang memerlukan ramai tenaga kerja dalam bidang teknikal.

“Di negeri kita banyak institusi latihan kemahiran (swasta dan kerajaan) menyediaka­n pelbagai bentuk latihan kemahiran kepada anak-anak kita.

“Salah satunya adalah CENTEXS yang menyediaka­n latihan pengimpala­n, latihan berasas minyak dan gas, jahitan dan sebagainya,” ujarnya.

Menurutnya tiada sebab dan alasan anak-anak tidak berjaya.

“Peluang disedia kerajaan negeri, jika akademik tidak memuaskan, kita boleh menceburi dan menerokai bidang kemahiran dan teknikal,” katanya.

Pada majlis itu seramai 223 penerima baucar pakaian seragam dan 36 penerima hadiah cemerlang 2016 menerima hadiah dan baucar masingmasi­ng.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak menyedari betapa pentingnya pendidikan sebagai asas atau pemangkin kepada modal insan berkualiti. Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail

 ??  ?? LAWATAN PROJEK: Adam (empat kanan) dan Haslinda (lima kanan) bersama pihak MBM dan PIBG sekolah memantau projek menurap kawasan parkir menunggu di hadapan sekolah.
LAWATAN PROJEK: Adam (empat kanan) dan Haslinda (lima kanan) bersama pihak MBM dan PIBG sekolah memantau projek menurap kawasan parkir menunggu di hadapan sekolah.
 ??  ?? ALBUM: Dr Abdul Rahman (depan, tiga kiri) bersama Jamalie (kiri), Selamat, Jolly dan Latipah bergambar bersama penerima.
ALBUM: Dr Abdul Rahman (depan, tiga kiri) bersama Jamalie (kiri), Selamat, Jolly dan Latipah bergambar bersama penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia